Monday 28 October 2013

cuit-cuit sayang

hoihh..aku menampar belakang rina yang tengah makan dengan lahapnya."tak senonoh",ucapku menjuihkan bibir..huhh.."erkkkk,tercekik aku samdoll",marah rina.bebelannya tidakku hiraukan.membebel mengalahkan murai tercabut ekor, namun ayam kfc tetap setia masuk ke dalam mulutnya.aku pun hairan macam mana dia boleh membebel dan makan dalam satu masa..*garu kepala*..
"dah la kau.makan comot mengalahkan baby baru lahir.lap tu mulut kau".Prihatin aku menghulurkan tisu.
Rina menurut.baru aku hendak berkalih dari kerusi,badanku terasa terlanggar sesuatu.sejuk-sejuk lengan ini terasa.ahhh,demm..air mountain dew mengalir dari tudung ke lengan bajuku.sah,aku bermandikan air mountain dew.terasa nak menyinga.seriously.tapi apalah daya,kesabaran itu sentiasa ada mengalahkan kemarahan aku."salah aku juga",hatiku berbisik.memujuk lembut.
"errr,maafkan saya cik",kulihat muka bersalah seorang jejaka.
rina menjadi pemerhati bisu.masih tergamam barangkali dengan kejadian yang tidak diduga ini.tapi dalam tergamam itu,tangannya masih sempat lagi mencubit isi ayam kfc yang terletak di depannya sambil wajahnya berpaling dan matanya melihat aku dan jejaka itu tanpa berkelip."siot",ucap hati jujurku tertuju kepada rina.
"err,cik..macam mana?saya betul-betul mintak maaf.saya tak perasan tadi".dia masih dengan muka  bersalahnya.aku berlalu tanpa reaksi ke paip air.sempat aku mendengar rina mempelawa jejaka itu duduk semeja dengan kami"."double siot",masih lagi tertuju kepada rina.

di meja,aku sudah tidak selesa duduk.hendak balik,rina menahanku mengatakan snack plate kfcnya belum habis lagi.apa yang aku lihat, dia begitu seronok berbual dengan jejaka tadi seolah-olah aku ini tiada apa-apa.tidak lencun baju dan tudung sedangkan hakikat adalah sebaliknya.aku lencun.yess.tudung basah,baju basah walaupun hanya sebelah kanan.jejaka itu curi-curi memandangku.masih takut-takut.mungkin masih dihantui rasa bersalah."tak pe",jawabku tadi.namun nyata jawapanku tadi masih tidak menghilangkan rasa bersalah dia."rina,aku nak balik",ujarku lembut.aku tahu si dia mendengar.kerlingan matanya yang sesekali itu kerapkali bertembung dengan anak mataku.rina sudah hampir selesai namun si jejaka itu menghabiskan snack platenya terlebih dahulu."erkk,jap ye..saya nak bagi sesuatu.kejap je.kamu tunggu ye".dia menghilang.

"dahlahhh..apa lagi ni rina?".aku menarik tangannya.meminta untuk pulang sekarang.
"Kejaplah.kau dengar apa dia cakap tadi kan.dia suruh tunggu sekejap.jap lah.nanti kita baliklah."Rina memujukku supaya menunggu.
aku mengdongkol marah.masam.
"hah,tu dia.kan aku dah cakap".rina melambai-lambaikan tangannya kepada jejaka tadi.
si jejaka yang melihat menghampiri."nah,untuk kamu sebagai tanda maaf saya sebab dah basahkan baju dan tudung kamu".
dia mengunjukkan dua shopping bag kepadaku.aku teragak.mulut masih terkunci.
melihatkan aku yang masih tiada respon,rina mengambilnya dan mengucapkan terima kasih.sambil itu,aku sudah memulakan langkah.malas mahu mengambil pusing tentang rina dan jejaka itu lagi.yang aku tahu sekarang ini aku mahu pulang dan mandi.rina berlama-lama di belakang.entah apa lagi urusan yang dibuatnya dengan jejaka itu.sekali lagi aku bilang,aku malas mahu mengambil tahu.

sampai di rumah,rina mengambil tangan kananku dan meletakkan shopping bag tadi di jariku.kemudian menonong aku masuk ke dalam bilik.shopping bag tadi aku campak ke atas katil dan segera mencapai tuala yang trsangkut.usai mandi dan solat zohor,rina mendekatiku,melabuhkan punggungnya di atas katil dan mengatakan yang jejaka tadi berminat untuk mengenali diri aku.perghh.aku mencemik."not interested,"balasku."sombong",balas rina pula.aku membuka telekung solat dan menolak rina keluar dari bilik comelku."suka hati aku lah..dah,dahh..keluar.aku nak tidur,"ujarku sambil membuat muka tidak suka.rina hanya tersenyum.hatiku mengatakan yang dia mempunyai perancangan.sengihnya lain macam.tutup sahaja pintu,handphoneku berbunyi menandakan mesej baru masuk."jaga2",itu pesanan mesej yang baru ku terima daripada rina di bilik sebelah.

Sunday 22 September 2013

Syahmi yang mana satu ye makcik?

okey,sekarang saya nak gadis2 yang ada kat sini berkumpul sebab ini untuk pencarian jodoh.
maka berkumpullah mereka2 itu di satu tempat.okey,yang tu boleh join sekali.
erkk,aku???
aishh,apa ni.main tolak2.cari jodoh bagai.jangan tolak aku..eh,dah termasuk sekali.cess..
hah,saya ada 3 soalan nak ditanya.
soalan pertama,bla..bla..bla..bla.sape nak jawab angkat tangan.
weh..siku orang di sebelah aku.ni jawapannya.kau jawablah.
dia menjawab.bla..bla..bla..
k,well done.
soalan kedua,bla..bla..bla..
yang lain bisu berfikir.
aku,terlupa nak menyiku orang disebelah-->jawapnnya,bla..bla..bla..
well done.
soalan ketiga,bla..bla..blaaa...
yang lain bisu berfikir kembali.
aku yang ter"excited" kerana mengetahui jawapan terangkat tangan lagi.
jawapannya,bla..bla..bla..
well done again.so,we have the bride to-be now.
what????no..no..no..
well,you have been chosen.

here,come..perkenalkan ni bakal ibu mertua.have a nice chat.
what??terpinga-pinga.
bla..bla..bla........kamu boleh balik ke rumah kamu jenguk-jenguk sebulan sekali.but must stay with us at kemaman.
ternganga.ni macam paksaan je nih.mak ayah aku macam mana?wehh,discuss dengan diorang lah.ni dah macam dapat arahan mandatori dari bakal mertua.aku tak paham.tapi macam rela dalam paksa.mengomel sendirian dalam hati memang takkan membuahkan hasil.
akhirnya,
menjauh sedikit.di sapa oleh seorang auntie.
dah habis ke majlis pertemuan mertua dan bakal isteri syahmi.
erkk,syahmi tu yang mana satu ye makcik?

boommmmmm..
terjaga.cess..mimpi rupanya..hahahaha..

p/s:penangan berbicara perihal jodoh dengan akak coursemate la ni. :p


Monday 29 July 2013

petua dari ustaz zali

ustaz zali,staf yang aku kenali ketika berpraktikal di PADM..mengenangnya pun sudah terasa mahu ketawa.serius,ustaz tu memang lawak.and sebenarnya dia marah orang panggil dia ustaz sebab dia hanya staf biasa di sini tapi semua staf di sini menyakatnya dengan memanggilnya ustaz.bila dipanggil ustaz dia akan membalas dengan "aku terajang kangg"..hahaha.memang aku akan ketawa setiap kali mendengar orang lain memanggilnya ustaz kerana aku tahu apa yang bakal keluar dari mulutnya selepas itu.ustaz zali ni ok cuma dia ada kelainan sikit.something had happened to him, from what i've heard from others la..but, one thing aku kagum dengan ustaz zali ni, hafalan ayat-ayat al-Qur'an dan hadis2 banyak yang lancar di mulutnya.and one day, disebabkan aku ni pun pelajar dan perlu mengingat banyak perkara penting seperti dalil2 al-Qur'an dan hadis,aku pun bertanyalah kepadanya dalam suasana santai tentang petua untuk mengingat dengan baik.dan dibalas oleh ustaz dengan jawapan "g tido kat masjid banyak2 nung"..

hahahahampehhh..ketawalah aku mendengar jawapannya itu.aduhai,ustaz...ustaz..

Tuesday 23 July 2013

my enemy's back..

kihkihkih.teringat pada dia yang kupanggil enemy.sungguh,bukan aku sengaja hendak mengada-adakan musuh,tapi dia sangat2lah annoying.seriously.ceritanya bermula dengan:

aku dan mcnah bersahabat baik.mcnah ini pula mempunyai cousin yang mana salah seorangnya itu adalah dia.my enemy.seingat aku,dia yang aku tidak kenal,membalas mesej yang aku hantar kepada mcnah.and for that,aku tak pasti bagaimana dia boleh mengambil henpon mcnah.atau aku yang tersilap mengulang memori.but aku rasa betul dah tu.atau kisah itu bermula ketika dia mengambil nomborku daripada henpon mcnah.sengaja hendak mencari gaduh,bukan mencari kenalan.dahlah curi2 ambik nombor,then dibuatnya seperti aku ini musuhnya.ape taknya,mengata aku je memanjang.gemuklah,apa lah.macam2.aku tak kisahlah kan,tapi yang lawaknya,aku teringat time dia nak amik exam spm.perghh,time tu dia jadi baik sekejap.tapi lepas tu jadi kejam balik.huhhh.mengata aku je kejenya,saje cari gaduh.sebab tu lah aku cakap dia tu enemy tak rasmi aku.lepas dapat result yang cemerlang, after a while, dia pun fly ke rusia.sumber ni aku dapat dari mcnah,cousinnya,sbb lepas spm tu seingat aku kitorang dah stop mesej.and now,dia dah abis blajar.he's back.

p/s:moga ko dapat keje cepat2 ye encik Senyum.

Saturday 22 June 2013

aina dan anak mak limah

malam yang mulanya sepi namun tidak menjadi seberapa sepi disebabkan kicauan mulut aina yang mula berkumandang.
-kau kenapa ni hani?dah dia tu suka buli engkau,engkau boleh biar je?haishh,aku pulak yang tak puas hati tau.
kepalaku yang memandang ke luar tingkap dihalakan ke arah aina.
+aina,dia kan bos?aku pekerja dia.mana boleh aku marah bos aku sendiri. 
aku mengeluh berat.aina ni melebih-lebih pula.padahal aku yang kena buli bukannya dia.
-yelah,aku tahulah dia tu bos, tapi takkanlah sampaikan makanan kucing adik dia pun dia suruh kau belikan.
aku angkat bahu.malas lagi ingin berdebat dengan aina.sudahnya,dia jua ingin menang.aku surrender.masuk tidur lagi bagus.

kringg..kringgg...kringggg..
5.45 am.
arghhhh..aku menggeliat sepuas hati.rutin pertama aku, harus bangunkan dinosour yang kurasakan tidak cukup kasih sayang dan perhatian kukira,daripada tidur.kucari handphone yang nyata setia di bawah bantal.nombor rutin harian itu ditekan.beberapa kali aku mendail hingga separuh deringan.cukup sebagai isyarat untuk membangunkan dinosour itu.kemudian bingkas aku bangun menuju ke bilik air untuk mandi dan melaksanakan kewajipan aku sebagai muslim iaitu solat subuh.usai semuanya, aku lihat bilik aina masih sunyi.
+aihh,tido lagi ke nenek kebayan ni?ainaaaa..
panjang namanya aku panggil.
senyap lagi.
+hoii ainaaaaa.
masih senyap.
last-last, gedeganggggg..aku tendang pintu bilik aina.
-hoiii,tercabut pintu bilik aku minah.agak-agaklah.
+agak-agak tengkorak kau.kau tengok jam sekarang dah pukul berapa?
-Allah, dah lambat.kau punya pasal la ni.apasal tak kejut aku awal.
+aikk,aku pulak yang kena.lantak kau la na.dia bangun lambat nak salahkan orang pulak.
Aina kelam kabut.jam sudah pukul 6.45 pagi dan dia masih tidak menunaikan solat subuh.

hari ini hari minggu.weekend day yang amat sesuai untuk melepak di rumah sambil bersantai-santai.aku suka cahaya matahari pagi.awal-awal pagi lagi aku sudah tercegat di luar rumah.mengambil angin pagi.
-aii hani,tak pegi joging ke hari-hari minggu macam ni?
sapa mak limah,jiran sebelah rumah sewaku.
+malaslah mak limah.hari minggu ni nak santai-santai je kat rumah.
aku senyum.mak limah memang baik.dia tinggal dengan anak lelaki bujangnya yang bernama Aliff.kerap jugak aku tengok si aina terhendap-hendap rumah sebelah.tak lain tak bukan menghendap si Aliff.bukan aku tak tahu si Aina tu suka kat Aliff.tapi haram nak diberitahu.alasannya takut Aliff tak suka diatapi aku tengok dua-dua tu sama je.seorang terhendap sana, sorang lagi terhendap sini.2x5.sama je.
+mak limah,dah habis siram pokok bunga ke tu?mehla duk dengan saya kat sini?
aku mempelawa.sekali-sekala sembang dengan mak limah syok juga.macam-macam perkara aku dapat dari mak limah.al-maklumlah,warga emas.pengalaman hidup pun banyak.tapi pagi ni,aku nak buat kejutan sikit untuk aina dan aliff.harapkan diorang tak jadi.dua-dua duk pendam perasaan.so, pagi ni aku nak jalankan misi aku.aku lihat mak limah datang ke arah aku.duduk di buaian yang ada di depan halaman rumah aku.
-kamu ni hani,mak limah tengok dah makin kurus.kamu ni makan ke idak ni?
+hehehe.ye ke mak limah ni?hani rasa makin berisi boleh plak mak limah kata makin kurus.
-alah,saja mak limah nak ambik hati kamu.kata berisi kang,nanti muncung mulut tu.hahaha.
aku terlopong.boleh tahan loyar buruk jugak mak limah ni.
+ish mak limah ni.patutla tadi tanya pasal joging.alah,mak limah pun apa kurangnya.hehehe
-pulak.mak limah pun kena balik.ish.ish..kamu ni.
+mak limah, kite ada benda nak story ni?
-hah,benda apa plak ni?jangan cakap bos kamu tu suruh kamu bawak kucing adik dia yang sembelit tu ke klinik lagi kali ni.
+ehh, tak lah mak limah.kucing adik dia dah sihat dah.ni hani nak cerita pasal aina.mak limah tahu tak?
aku berjeda.
-ntah,manalah mak limah tahu.
+ish mak limah ni.jap lah saya nak cerita.dengar dulu.
-ye,go on.
amboi mak limah,sempat lagi cakap omputih dengan aku.
+macam ni,aina kan......dia kannnnnnn...emmmm,dia..dia....
-dia apa?
mak limah tepuk peha aku.Allah,memang terkejut aku dibuatnya.lepas tu terus lancar percakapan aku.
+dia suka kat aliff anak mak limah tuuu.
lancar.dan juga kuat.aina yang baru ingin keluar dari muka pintu terkejut.bukan kepalang lagi aksi terkejutnya,sampai melopong.mak limah pun terkejut, tapi aksinya tidaklah seekstrim aina.aku sengih.
Aina tengok aku dengan muka garang.kalau boleh seperti nak makan aku time tu jugak.aku tengok mak limah selamba sambil tangannya usap dagu.berfikir barangkali.
-hah,aina.mari sini.mak limah nak cakap dengan kamu.
aina kecut perut.aku hanya sengih dari tadi.
-erkk,mak limah..sayaaa..sayaaa...
-saya,saya..mari sini.mak limah nak cakap dengan kamu.
aina menunduk.duduk di sebelah mak limah di atas buaian.kriikk,kriukkk,buaian berbunyi.
mak limah angkat wajah aina.ditilik-tilik beberapa kali.
-hmmm,lawa.boleh la ni.
aina malu.kalau boleh saat itu juga dia ingin pelangkung hani sebab pecahkan rahsia yang dia simpan selama ini.
-erkk,mak limah....
-hmmm,mak limah tahu, takpe-takpe.aliff pon sebenarnya suka kat kamu.ni,bolehla mak limah masuk meminang ye?
tangan mak limah memegang erat tangan aina.
-err,bb...bo...bolehhhh..
tergagap-gagap aina menjawab.sudahnya,mak limah cakap,minggu depan dia akan pergi meminang aina.
+yahoooooooo..
dua-dua bakal mertua dan menantu melihat ke arah aku.
what a wonderful weekend i have.hihihihihi

Monday 17 June 2013

jatuh.ok,maaf diterima.

berjalan-jalan di petang hari yang hening.
sendirian sambil mulut menyanyi kecil.
memegang chocolate ice blended.
melalui lorong pejalan kaki dipenuhi daun kecil.
and then, oppsss..jatuh.ohh my chocolate ice blended!
sori.
what?
maaf.
dengan sori dan maaf tak dapat kembalikan chocolate ice blended saya.(geleng kepala,mata tunduk melihat ke bawah.gerangan di depan tidak dihiraukan.)
ohh,saya gantikan.tunggu sekejap.
well.ok.you should.
15 mins passed.
nah.
ok,maaf tadi diterima.(berlalu sambil nyanyi kecil lagi).

Thursday 23 May 2013

love is getting bigger

one sentence that i would like to say it to you,
dear friends, i love u so much..

really2 love.

Wednesday 8 May 2013

me+them=friendship

arghh,mengimbau kenangan lalu. i felt there is something that have gone from me.
but yet, the memories still there.yeahh,still.ahhh,how i miss the old times.
read my friend's story about us.i felt 'wohh,how i miss dat.i wish it can be turn back'.
and yeahh, we're leaving that stories behind, going along with our age that has been 22 years old now.
old??nahh,juz a lil bit matured than before.if i have to describe them now, i think mcnah would leading us from the aspect of maturity.she's way so cool,dude.and much much more matured.i think the age of 22 make her feel old..hahaha,i guess lah. me,juz the same.i think.ct could be matured also.maybe she wants to be higher in maturity to defeat her height in scale of centimeter.wohho,the 'nakal' statement i gave to her.and siti,don't mad at me okay,it's a joke..kehkehkeh..nik,i would say that she's so cared about her appearance.well,she has grown up.we all did.and about the maturity, i will say, she's also have it.she's too much care about the look and she's way so 'ayu' with her style.hehehe.but then i will never forget about her "sepit ketam'.its hurt and bruises will not vanished until a week.arghh, i scared her for that.and mirah, simple girl that don't actually care much about her wear's matching or not.juz she feel comfortable,then here she go.the level of maturity of her beat me up.she talk like an elder and me respect her for that.to be honest, i love them all.
they have their own style, their own way, and many things that we have was not in common.
but, i believe the differences made us complete each others well.

the others friends that comes and go,i love them all too.spread the love u have,and they will do the same.

p/s:love is in the air ^_-

Monday 29 April 2013

??

kerap benar ketawa dalam tidur.
sampai rumate naik hairan.

hmm,tidak mengapalah.
mungkin ketawa itu lebih tulus.
barangkali.
agaknyalah.

maaf

tanpa kita sedar,
mungkin ada yang terasa
mungkin ada yang tersinggung
dengan cara kita.
lain orang lain kawalan emosinya.
sikap kita ambil tidak kisah dengan apa yang dikatakan
mungkin sesetengahnya ambil kisah.
mereka punyai personaliti sendiri dan begitu juga kita.
engkau jenis yang tidak kisah,tidak semestinya mereka begitu.
ada yang halus emosinya.
ada yang halus perasaannya.
kadang-kadang tidak terjaga, tapi selagimana ianya melibatkan perasaan,
cubalah untuk menjaganya.

p/s:mereka bukan kamu dan kamu bukan mereka.
maaf andai ada sesiapa yang terasa atau tersinggung dengan diri ini.

Sunday 28 April 2013

andai bukan aku epi 3

hari yang aku tunggu dan mungkin juga tidak berapa rela menunggu telahpun tiba..jeng..jeng..jeng..hari untuk balik ke kampung ditemani Iylia dan si bos spek besar.muncung mulut aku hari itu.Iylia mengeleng-gelengkan kepala melihat tingkahku.pagi-pagi Jumaat lagi si bos sudah tersadai di depan rumah sewa kami."poonn.ponnnnn..ponnnnn."..bunyi hon kereta membingitkan telinga.terasa ringan sahaja mulutku untukku memarahi namun mengingatkan pesan orang tua dan adab, tidak jadi pula aku bersuara.Iylia mengangkut beg ke dalam bonet kereta dan si bos memandang sambil tersenyum dan menyapa Iylia."hai".sapanya ramah."hai",balas Iylia berbasa basi."Assalamualaikum".aku menjerit kuat di belakangnya.dia mungkin tidak menyedari kehadiranku sementelah kulihat dia asyik memandang Iylia.berhai-hai bagai,seolah-olah melupakan salam yang mendoakan masing-masing."waalaikumussalam".kulihat si bos menjawab perlahan.merah mukanya.menahan malu barangkali di hadapan Iylia.hatiku ketawa lepas."hahahahha,padan muka.si spek besar ni nak main-main dengan aku.jangan haraplah",gumanku nakal.
tetapi terbit juga rasa perikemanusiaan.aku mempelawa si bos untuk makan dahulu."bos,jom makan dulu.buat alas perut.aku membawa sepinggan nasi goreng dan segelas teh suam ke meja kecil di halaman rumah.kulihat dia segera menerpa."amboi,tak menyempat",bisikku melihat telatahnya.

"sedap nasi goreng tadi..siapa buat?",tanya si bos memandang Iylia dan aku silih berganti.namun secara tepatnya memandang Iylia lebih daripada aku."Rii....."."Lia",aku menjawab malas.padahal Iylia baru sahaja ingin membuka mulut mengatakan aku yang memasaknya.tidak sempat kerana aku memotong percakapannya.mataku memandang Iylia seolah-olah meyuruhnya diam sahaja."owhh,Lia ke yang masak?sedap,pandai Lia masak".kulihat mata si bos bercahaya memuji si Iylia."dah sangkut dah",ujarku antara dengar dan tidak.Iylia kusuruh duduk di hadapan manakala aku dibelakang walaupun tadi dibantah keras oleh Iylia namun sudahnya Iylia mengalah.aku tahu dia selalu lembut hati dengan aku dan sebab itulah dia selalu mengalah denganku.

setelah enam jam atau mungkin lebih perjalanan,akhirnya aku sampai di kampung halamanku.dan sekarang aku berada di halaman rumahku..keluar dari perut kereta,aku menggeliat sepuas hati.penat mendiami kereta selama perjalanan.bos yang melihat mencerunkan pandangan.mungkin tidak percaya dengan kelakuanku yang dianggap kurang sopan.aku sedar itu.tapi nak buat macam mana kan,sudah terlajak perbuatan mana mungkin kuundur balik.hehehe.umi,abah dan adik-adikku mendapatkan kami.umi becok menanyakan khabar.baru sahaja aku ingin bersalam dengan umi,aku teringat sesuatu."Allah".aku menepuk dahi.umi pelik."jap umi.along terlupa sesuatu".di hadapan mereka,aku melaungkan salam."Assalamualaikum".kuat.umi menepuk belakang bahuku.aku tersengih."ishh,budak nih.boleh plak macam tu",bebel umi.Iylia tersenyum,si bos menggeleng kepala."mengata aku lah tu",gerutuku memandang mata si bos lantas aku mencebikkan bibir.

Saturday 27 April 2013

andai bukan aku epi 2

"erkk,adik saya nak bertunang bos".laju pula aku mengungkapkan.gemuruh namun dikuasai keyakinan yang dibuat-buat.dia menganggukkan kepalanya."ok,saya benarkan awak bercuti...tapi dengan satu syarat",ujarnya sambil mengusap-usap dagunya yang mulai ditumbuhi janggut halus.ekpsresi mukaku pula macam "ahh,sudahhhh"."syyaa....syaaarat ape bos?",terketar-ketar juga dibuatnya.takut juga terkantoi.umi pula tidak memberitahu sebab kenapa aku harus pulang dan itulah yang susah untuk aku terangkan kepada bos.akhirnya alasan adik hendak bertunang pula yang keluar.aku redha dengan apa yang bakal terjadi selepas ini."syaratnya, saya akan ikut balik ke kampung awak".ujarnya sambil meyilangkan tangan,melihatku serius.Blurr seblurrnya.itu sudah menempah bala namanya."tapi untuk apa bos?rumah saya biasa-biasa saja.banyak nyamuk pulak tu.tentu bos tak selesa nanti".aku cuba menimbulkan situasi tidak selesa di dalam imaginasi bosku tentang keadaan rumahku.dia mengetuk-ngetuk meja dengan pennya.mungkin menimbang kata-kataku tadi."untuk memastikan awak tidak menipu".aku mati kutu dengan jawapannya."dan pula,saya rasa banyak je hotel atau motel kat situkan.boleh juga saya ambil peluang ni untuk berehat dan bersiar-siar di sana".jawapannya bukan saja membuatkan aku mati kutu tapi ini sudah mati babun namanya ni.akhirnya aku pasrah.

balik dari kerja hari tu,aku terus menelefon umi.memaksanya memberitahu sebab aku harus pulang.umi mengalah dan memberitahu yang adik lelakiku bakal bertunang.Allah,rasa lapang dadaku mendengarnya.sungguh aku gembira.gembira dengan khabar itu dan gembira kerana aku tidak menipu bosku pada siang hari tadi.tapi,meskipun begitu,perihal bosku yang ingin turut serta pulang tidak pula kukhabarkan kepada umi tadi.sesak nafas juga memikirkan perkara itu."kau kenapa?macam ayam berak kapur je muka kau ni,"soal Iylia merangkap housemate ku yang tercinta.sungguh aku tidak senang duduk.aku merenung wajahnya sayu.Iylia makin pelik."owhh,okay.mungkin ini petanda.Rin,aku mintak maaf banyak-banyak kat kau ye.halalkan makan minum aku selama kita berkawan.sungguh aku sayang kau.serius.and aku nak kau tahu yang aku pun dah maafkan semua kesalahan kau kat aku".Kata-kata Iylia membuat aku melemparkan bantal kepadanya."choiii",ucapku marah.Iylia ketawa lepas.aku tahu dia bergurau.dan akhirnya aku turut sama ketawa.

hari ini hari khamis.mengapa aku mengira hari rasanya bukan lagi persoalan.sudahlah terpaksa balik dengan si bos.arahan tanpa rayuan yang boleh dikemukakan.akhirnya membuatkan aku untuk mengheret sama Iylia pulang ke kampungku.tidak rela rasanya hendak pulang berdua sahaja.boleh mati aku nanti dek dikejar abah dengan parangnya yang digunakan untuk menebas semak-samun dibelakang rumah.esok adalah hari yang ditunggu dengan tidak selesanya oleh aku."arghhhh",hatiku menjerit kuat.meski tiada siapa yang dengar dan tahu,sedikit sebanyak ia melegakan aku.

Wednesday 24 April 2013

andai bukan aku epi.1



berat juga memikirkan permintaan umi.mendadak dan secara tiba-tiba.katanya aku harus pulang ke rumah hujung minggu ini.ada hal penting yang ingin disampaikan.aku bingung.sedangkan aku baru saja pulang dua minggu yang lepas.ini bermakna aku harus meminta cuti lagi.pening juga memikirkan bagaimana aku harus bersoal jawab dengan bos aku yang terlalu strict itu.melihatkan cermin matanya saja sudah membuatkan aku gerun.besar gedabak.mindaku mula memikirkan alasan-alasan yang akan menguatkan permohonan aku nanti.akhirnya aku penat sendiri.bermain-main teka-teki memikirkan permintaan umi, dan mengasah minda untuk memilih alasan yang akhirnya membuatku tertidur sendiri.

Di pejabat,aku sudah mula tidak senang duduk.borang cuti sudah kuisi.hanya perlu menunggu si bos masuk untuk mendapatkan pengesahannya."kau kenapa?macam tak sihat jer,"Aiza menanyakan aku.keadaan gelisah aku memang agak ketara kukira.aku tersenyum.paksa barangkali."takde pape Ai.eh,bos masih belum masuk lagi ke?"tanyaku.Aiza menggeleng tanda tidak tahu.Hari itu penantianku sia-sia.si bos memang sampai ke sudah tidak masuk pejabat.borang cuti masih kupegang.tepat jam 5 petang kaki mengambil langkah untuk pulang.harapanku esok si bos akan datang.

malam itu,umi menelefonku lagi untuk mengingatkan aku.serba salah juga aku dibuatnya.aku cuba untuk merisik-risik khabar dari ayah dan adik-beradikku yang lain mengenai perkara yang ingin diberitahu umi tetapi mereka hanya menyatakan tidak tahu."takkan kau tak tahu mai?"tanya aku kepada adik perempuanku.biasanya dia yang paling cepat tahu kalau ada apa-apa yang berlaku."ahh,tak tahulah aku.umi tak bagitau.aku dah sogok epal sebijik kat umi,tapi umi tetap tak bagitau.frust aku",jawab adikku.bersungguh-sungguh pula dia.sogok epal bagai.memang takkan jalan.umi mana makan sogokan."kau pun agak-agaklah.main sogok-sogok epal bagai.ngek la kau ni".aku mengata adikku yang kupanggil mai itu.dapat kuagak dia mencebik tika itu."biarlah.yang penting umi sayang aku lebih.wekkk",dia membalas."ahh,kau yang perasan.umi lagi sayangkan han lah",aku mengasak.aku tahu dia selalu cemburukan han,adikku yang bongsu."huhhh,dahlah kau.malas aku nak layan".tanpa salam dia terus meletakkan telefon.marah agaknya.telatah mai membuatku tersenyum.namun dalam hati,pertanyaan masih terus memburu mindaku.esok,perihal cuti aku harus diselesaikan,itu tekadku.

Alhamdulillah,pagi itu si bos masuk kerja.teragak juga aku ingin bertemunya.tapi hal itu tidak boleh tertangguh.dengan semangat yang ada,kugagahkan kaki melangkah ke bilik si bos.bunyi ketukan pintu diselangi dengan suaranya menyuruhku masuk selepas itu.kulihat dia tekun menghadap kerja."ada apa?"tanyanya tegas tanpa mengangkat muka."erkkk,saya...."kujeda seketika.si bos mula mengangkat kepalanya.memandang tepat ke arah wajahku."apa?"tekannya lagi."sssaaayyaaaa....sayaaaa...",tergagap gagap aku memulakan."saya apa"?sergahnya kuat yang membuatkan aku terkejut dan spontan membuatkan aku berkata"saya nak cuti",kuat dan lantang juga.aku menunduk.terkejut punya pasal,aku sudah terkuatkan suaraku."matilah aku",gerutuku."hmm",dia mengusap dagu seketika berfikir."untuk apa?".aku hilang punca.pertanyaannya memakan masa untukku jawab."nak kelentong apa ni".aku mulai resah.si bos menanti.

Tuesday 23 April 2013

bila diri diuji

bila disebut perkataan manusia, itulah hamba.hamba kepada khalik yang menciptanya iaitu Allah.
dan sesuai dengan taraf seseorang hamba itu, mereka akan diuji.besar atau kecil ujiannya, itulah yang perlu dilalui sepanjang mendiami dunia sementara ini.

begitu cepat aku melatah dengan ujian yang sedikit ini berbanding nikmat yang tidak terhitung banyaknya.
muhasabah.adakah dugaan yang sekecil ini mampu melenyapkan kenikmatan yang lebih banyak yang aku peroleh?tentulah sekali tidak.bangkitlah wahai muslimah kecil.berikan nyawa pada rohanimu, pertingkatkan imanmu.janganlah terleka dengan dunia.jika DIA mengambil seseorang yang engkau sayang,maka berlapang dadalah.DIA lebih menyayangi lebih darimu menyayanginya.doakanlah kesayanganmu itu tenang di sana.dan jika DIA memberimu kegagalan setelah puas engkau berusaha,maka berlapang dadalah.DIA lebih mengetahui.mungkin jika diberi kejayaan, engkau akan terleka.ayuh,raih cinta-Nya kerana tanpa cinta dari-Nya kita ibarat hidup tanpa makna.usah terlalu dikejar pada cinta manusia kerana jika engkau mencintai DIA maka seluruhnya akan turut mencintaimu. Ya Allah,kuatkan diri ini meniti hari-hari yang mendatang bersama redha-Mu.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya....."
(al-Baqarah ayat 286)

Sunday 24 March 2013

pemergiannya

Allahuakbar.terasa begitu terkesan sekali dengan pemergian arwah mahani,sahabat aku di bumi ukm.kami satu kolej,tinggal di aras yang sama cuma selang satu bilik.malah kami pun berada dalam satu course yg sama walaupun berlainan modul.
Allahuakbar.baru semalam aku berjalan-jalan dengan dia.baru semalam aku melihat senyuman dia.
kenyataan ini seumpama mimpi yang membuatkan aku terasa ingin cepat2 bangkit dari lena dan mendapatkan dia.tapi, hakikatnya tidak dapat diubah.itulah realiti.arwah telah pergi.meninggalkan aku,meninggalkan ahli keluarganya dan sahabat2nya di dunia ini utk bertemu Pencipta yang berhak ke atas dirinya.arwah seorang yang sangat baik hati,pemurah,lemah lembut dan sopan.arwah juga seorang yang menjaga akhlaknya dan berusaha membawa dirinya dan sahabat2 yang lain ke arah kebaikan.sudah 2 tahun aku mengenalinya.arwah mempunyai peribadi yang cukup menyenangkan.melihatnya pun sudah membuatkan kita terpikat kepada peribadinya.Allahuakbar, pergi sudah sebuah permata yang bersinar.

mengimbas detik2 arwah sebelum meninggal,aku dan beberapa orang sahabat yang lain serta arwah pergi ke metro kajang sehari sebelum arwah meninggal.hari itu pun seakan sudah terdapat tanda2nya.perjalanan kami seakan perlahan menunggu bas.mungkin Allah ingin memberi waktu2 terakhir bersamanya.bas yang lambat tiba membuatkan kami berborak panjang di tempat menunggu.namun arwah hari itu, kelihatan banyak diamnya dan tersenyum.kerana lambat menunggu bas rapid kl utk ke metro kajang,kami mengambil keputusan untuk naik bas 6K,iaitu bus yg dikhaskan utk ke stesen komuter UKM.tiba di pertengahan jalan dalam ukm,kelihatan bas rapid lalu.kami turun dari bas 6K dan menunggu bas rapid di depan perhentian menunggu FTSM.kami bergelak ketawa bergurau senda dan dia masih lebih banyak tersenyum dengan telatah kami.
sampai di hentian kajang,aku dan dila,salah seorang sahabatku turun di situ membiarkan arwah dan atul,sahabat yg seorang lg pergi mendahului kami ke metro kajang.ini berikutan aku perlu untuk membeli tiket  ke terengganu terlebih dahulu.selepas itu perjalanan diteruskan ke metro kajang dengan menaiki bas U40.sampai di sana, lebih kurang satu jam diambil untuk kami semua kembali berempat berkumpul.aku melihat arwah dan atul di dalam Giant ingin membayar barang-barang yang dibelinya.agak banyak barang yang lebih kepada makanan dibeli arwah.atul pun lebih kurang begitu.selepas itu,masing2 mengadu lapar dan atul berpuasa.kami naik ke tingkat paling atas untuk menjamu selera dan untuk atul berbuka puasa.aku memesan nasi goreng biasa,arwah memesan nasi goreng udang,dila memesan nasi goreng tomyam dan atul memesan mee hoon goreng.makanan aku siap paling awal dan arwah yang paling lambat.kami makan sambil berbual2.aku sempat mengusiknya dengan mengatakan arwah suka sangat makan udang.arwah membalas mengatakan aku pula suka makan ikanG yang mana G nya ditekan kerana aku orang terengganu.aku ketawa ,arwah dan yang lain pun juga ikut ketawa.selepas itu kami ke kedai bata.arwah ingin membeli sandal baru.kerenahnya tak banyak,mencuba yang dirasakan berkenan terus dibelinya.kemudian semasa ingin pulang kami menaiki teksi.sampai di kolej,arwah dan yang lain menyimpan barang di bilik dila dahulu kerana ingin terus ke dectar untuk mendengar talk dari Tun Dr.Mahathir.malam itu kami pulang ke kolej agak lewat.di dectar arwah byk mendiamkan diri juga.sampai di kolej,aku naik dahulu ke bilik,mah dan atul ke bilik dila dahulu utk mengambil barang.tidak lama kemudian, aku mendengar ketukan di pintu.aku tahu itu ketukan dari arwah kerana arwah mmg selalu akan mengetuk pintu bilik aku apabila dia berjalan melintasi bilik aku.tapi yang aku kesalkan,aku tidak hiraukan ketukan itu.keesokannya,(hari arwah meninggal) awal pagi hari sabtu, aku ke bilik air,aku terserempak dengan arwah yg ingin mandi.arwah sempat menyapa aku.kemudian aku balik ke bilik.aku sambung tidur.agak lewat aku bangun kemudiannya sebaik aku terjaga,aku mendengar ketukan di pintu bilik.aku buka pintu dan melihat atul yang panik dan dia terus menarik tanganku ke bilik arwah.aku pada mulanya masih tidak tahu apa yang berlaku.atul hanya memberitahu arwah tidak bangun2 dr tidurnya dan tidak bergerak langsung.aku masuk ke dalam bilik dan menerpa arwah.wajahnya yang kebiruan bercampur ungu membuatkan aku panik.aku goncang bahunya,tapi tiada respon.atul bingung,aku makin panik.aku berlari keluar dari bilik arwah dan kembali ke bilik aku untuk mengambil henpon.tangan aku terketar2 mendail nombor felo.kemudian aku ke bilik depan sambil menangis dan menarik tangan ain utk menyuruhnya ke bilik arwah dan meminta pertolongan.kini,satu aras hingar bingar.semua orang bertungkus lumus membantu.abang syah,ketua felo kolej naik ke atas aras 4 dan ramai yang membawa arwah turun utk ke hospital.atul mengikut abg syah dan farhannie ke hospital.tangisan aku makin lebat.hati aku x henti2 berdoa.aku bersihkan diri dan solat sunat hajat meminta kesembuhan arwah.siti fatimah pun sama.kami kemudian menyusul ke hospital serdang dengan teksi.aku,dila,siti fatimah dan rahanee.sesampainya di hospital,kami ke lobi utk bertanyakan tentang lokasi arwah.akak di situ menyuruh kami ke bahagian kecemasan.kami pergi ke sana,bertanyakan kepada penjaga kaunter.dia lambat memberitahu, masih mencari2 nama arwah di dalam data komputer.kami sudah tidak sabar.pak guard mencelah mengatakan"yang meninggal tu ke?".waktu itu aku terasa ingin memarahi pak guard.hati aku berusaha keras menolak kemungkinan itu.kemudian kami masuk ke dalam.mencari2 arwah di katil yang mana.namun hampa.antara pesakit yang masih hidup itu tidak kulihat wajah arwah.terdapat satu tempat yang ditutup dengan kain seperti tirai langsir.pak guard tu skali lagi cakap"yg meninggal tu kat situ,menunjuk arah tempat bertirai itu".kami masuk ke sudut itu.yang kami lihat,arwah sudah terbujur kaku.keempat2 kami menangis sambil memegang arwah menyuruhnya bangun.aku sendiri menyuruhnya bangun.tetapi arwah hanya kaku.kami cium arwah.kemudian kami disuruh keluar menunggu di luar.suasana makin hiba dengan tangisan kami.operasi menelefon sahabat2 yg lain bermula.dengan payah mulut ini menutur bicara.ramai sahabat yang tidak percaya.tangisan bergabung.malah ada yang mengingatkan aku bergurau dan main2.kukatakan mana mungkin aku main2 dengan kematian.tidak lama selepas itu,hospital serdang dibanjiri dengan sahabat2 lain yang datang.pensyarah,pengetua kolej,felo kolej,jaksa kolej serta ahli keluarga arwah memenuhi ruangan di sekitar bilik forensik.hiba sungguh malam itu.kami beramai2 membacakan yasin kepada arwah dan dibuat tahlil di situ.selepas isyak,arwah dibawa ke klia utk diletakkan dahulu di bahagian kargo kerana jenazah arwah akan dibawa pulang ke kampungnya di sarawak.arwah sekarang sudah selamat dikebumikan.

1-selepas arwah mandi,bersiap utk ke teori amali memandu,tetapi pd pagi itu,arwah mengadu kepada atul dia sakit kepala.atul menasihatkan dia supaya tido di bilik sahaja.atul cuba utk memberinya air tapi ditolak.tidurnya arwah pagi itu membawa kepada lena yang panjang dan tidak mungkin akan terjaga lagi..arwah telah pergi menghadap Penciptanya.
2-arwah suka udang.hari ketika keluar ke metro kajang,arwah banyak makan udang.
3-sekarang kat kg arwah musim udang.arwah pernah cakap beberapa hari sebelum kejadian,dia teringin utk pulang cuti midsem nanti.beria2 dia mengatakannya.walhal semester sebelum ni,dia tidak pula mengatakan hasrat sebegitu ketika cuti midsem kerana cutinya hanya sedikit dan arwah lebih gemar tinggal di ukm utk menyiapkan tugasan.
4-hari jumaat,sehari sebelum kejadian,arwah menunggu aku utk ke kelas bersama.aku terlambat hari tu.aku melihat dia masih ada dan memintanya menungguku.dan aku tidak sangka dia betul2 menungguku kerana selalunya dia pergi lebih awal.

ada lagi tanda2 arwah yang berlainan cuma mungkin kami tidak menyedarinya atau mungkin sedar tetapi menganggap ianya biasa2 dan hanya memendamkan kepelikan itu di lubuk hati masing2 sahaja.

arwah ingin pulang ke kampung,dan nyata hajatnya tercapai sudah.malah lebih awal dr apa yg dihajatinya.dan pulangnya arwah itu adalah pulang yang tidak akan kembali lagi.

kami, para sahabat arwah mengiringi pemergiannya dengan doa dan mengharapkan arwah bahagia juga tenang di sana.
semoga arwah tergolong dalam kalangan orang-orang yang beriman.
moga juga syurga tempat utkmu wahai sahabat.

p/s:rindu sgt2 pada arwah :(

Sunday 17 March 2013

cik siti

aku dengan dia rapat.dari sekolah menengah sampai sekarang umur kami 22..
orangnya comel,rendang(nak cakap rendah mcm xsopan,kih3) dan baik hati..
kalau nak diikutkan,persamaan aku dengan dia, banyak jugaklah.dia suka menulis,yes me too.dia suka berangan,yes me too.dia suka jalan2,yes me too.dia suka ketawa,yes me too.banyak kot persamaan.dua2 rendang pon sama.kua3.tapi ade jugak perbezaannya.dia suka menangis,i'm not.dia sensitif,aku xbrapa.dia suka cakap panjang berjela,aku straight to the point.dia suka kucing,aku suka ikan.dia cepat jatuh hati,aku payah jatuh hati.banyaklah lagi.persamaan buatkan kami share the things we love to do and perbezaan buatkan kami respect each other.semua orang punyai persamaan dan perbezaan.cuma antara banyak atau sedikit aje.dan benda2 ni lah yang buatkan kita saling lengkap melengkapi.


Monday 4 March 2013

note of pieces 1

perlahan-lahan tabir senyum menghias.sungguh ya Allah,aku bersyukur.diriku dikelilingi oleh mereka yang baik dan prihatin.anugerah-Mu kepada hamba-Mu yang dhaif ini.. ^_^

*moga kami sentiasa dalam lindungan dan rahmat-Mu ya Rabb..

Sunday 3 March 2013

umie

call rumah petang tadi,
panggilan bersambut,terdengar suara lemah umie.
letih,baru pulang dari kerja.sayu aku dengar.rindu makin membuak,sungguh ya Allah.aku rindu mereka.
sampaikan kadang2 aku takut untuk bercakap dengan umie dan pa.bukan tidak rindu,rindu teramat.cuma kolam air mataku rapuh benar jika bercakap dengan mereka.selalu terasa ingin menangis.aku gembira.suara mereka pengubat rindu.namun air mata ini kerap kali gugur.bukan manja.tapi hakikatnya, berjauhan begini membuatkan hati aku begitu beremosi.Ya Allah,sayangilah mereka.jagalah mereka.semoga mereka sentiasa di dalam lindungan-Mu selalu.

Saturday 2 March 2013

weekend tin kosong.

hari-hari weekend, terperuk di bilik asrama memang menyesakkan hati dan fikiran.
rindu makin terasa.memandang kosong.ingin pulang, jauh.sedihnya terasa.hanya panggilan menjadi pengubat rindu.tu pun adik aku malas dah nak layan bercakap fon dengan aku sebab aku tiap-tiap hari aku call.bengang jugak aku.aku rindu tahap tak ingat, dia boleh plak malas nak cakap dengan aku.arghhh,betul-betul aku rindu.hati beremosional, akal mewaraskan. alah, baru dua minggu berjauhan untuk semester ni.pulak tu, pengajian hanya berbaki lagi lebih kurang setahun setengah.pertengahan tahun depan dah abis.tabahlah sehingga itu.berkepitlah dengan kesayangan aku seberapa banyak pun selepas tu,kan??sungguh aku rindu mereka especially puteri kecil kesayangan aku.adik bongsu kesayangan tapi tak bermakna yang lain aku tak sayang.sayang semua.moga Allah merahmati mereka, aku dan umat Islam seluruhnya.


Friday 1 March 2013

tear drop

hati tersenyum, jiwa merintih..bolehkah begitu?atau hanya ungkapan penyedap kalam.
kerinduan ini menggalaukan hati.sungguh,ia terasa.dengan tatapan gambar berlatarkan skrin laptop,
hati ini ingin memanggil kuat.menjerit kepada si empunya diri,bahawa dirinya amat kurindui. senyum diganti.titis air mulai terasa.ditahan.tertahan bersama sendu.kejauhan ini memberi makna.erti kerinduan yang sungguh mendalam.sungguh aku rindu pada insan-insan penyeri hidupku.

..family..

Wednesday 6 February 2013

adik

adik aku yang kecil disisi.
bercakap dengan bahasa yang masih pelat dan yang kadangnya aku faham but the most of it,blurr..
dia tepuk pipi aku, menyanyi dengan bahasa yang menarik and it make me smile.
dengan botol susu tersumbat di mulut.brighten my day.

semester break

pekerjaan tak rasmi semasa cuti,
menghantar dan mengambil adik2 dari sekolah.
then guess what?
satu hari aku hantar adik aku yang darjah 2 ke kelas kafa dan kebetulan hari tu aku masuk ke dalam sekolah  dan bukannya di luar pagar seperti selalu and she said to me "tak payah la masuk sampai dalam"..aku macam "what?kenapa plak?".and she replied "malulah"..hohh,hamboiii2..serius aku bengang campur nak tergelak.

Sunday 20 January 2013

geng

bila dah jumpa
segan pula untuk bertegur sapa.
alahai, macam sombong.dua-dua.
dulu, selalu gaduh.

macam ni lah kan.
dah lama menjauh,makin hilang kemesraan tu.
i wonder, aku dengan sahabat-sahabat aku pun akan jadi macam tu kah?
i mean, bukan mintak jadi macam tu, tapi kadang-kadang,faktor dah lama tak bertemu,
dah lama tak hang out sama-sama,
kat u pun dah ramai kenalan baru,
then, will it be like 'kekok' when we at first meet again.
need warm up. now, semua tengah cuti sem, wish to meet them.
lepaking sama-sama again.

p/s: sahabat itu, walau berjauhan,terasa dia di sisi.

Saturday 19 January 2013

beat that!

pernah tak,ada suatu ketika,
kita berfikir dalam sepi, muhasabah, ingat tentang suatu pengalaman yang tidak menggembirakan,
kita terdetik,
alangkah baiknya kalau perkara itu tidak berlaku.
alangkah baiknya kita tidak bodoh untuk membiarkan perkara itu berlaku.
alangkah baiknya kita tidak mengenali seseorang yang membuatkan kita sedih itu.

aku pernah.
dan rungutan itu juga pernah aku bisikkan pada diri aku.
tapi, rungutan itu aku biarkan ia tidak lama bersarang.
kenapa?
sebab, setiap sesuatu yang terjadi ada hikmah di sebaliknya.
cliche kan ayat ni.
pasti ayat ni yang akan keluar.asyik-asyik ayat ni.femes dah.tak cakap pun orang dah tahu.
tapi itulah kan.renung dalam-dalam.kenapa perkara tu berlaku?
dalam hidup ada pilihan kan?
Allah bagi pilihan untuk pilih.
so,first, contohnya, sekarang engkau tengah frust putus cinta.
then why u at the first,bercinta?
my point is,tu pilihan kamu kan?
dan pasti kamu tahu akan risikonya kan?
risiko yang mendatang.yang perlu kamu bersedia.
then sekarang engkau tengah frust,
 rasa weak, sometimes it hurts when you remember it.
nah,di sinilah peranan ayat setiap sesuatu yang berlaku itu ada hikmah di sebaliknya.
mungkin tidak sekarang hikmah itu tersingkap,
mungkin bukan melalui cara yang kita jangkakan hikmah itu akan berlaku,
but have faith, walaupun bukan sekarang, walaupun bukan dengan cara yang kita ketahui,
hikmah itu tetap ade.whether u realize it or not.

p/s: keep strong.
Allah menguji pada tahap kemampuanmu,sahabat ^_^

Sunday 13 January 2013

kejar..kejar

apa agaknya korang buat kalau jumpa lipas,tikus atau katak?

kalau aku?
hah,apa lagi.aku main kejar-kejar la dengan mereka itu.
seronok kot.kejar sambil ketawa.hilang stress.kalau tak caya,cubalah.hihihi

p/s:jumpa tikus kat dalam bilik basuh asrama, aku jerkah benda alah tu sambil tanya"hoi,ko buat ape hah?shuhh..shuhhh".


Thursday 10 January 2013

sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tak guna..

semenjak dua menjak,banyak benda yang mengalami perubahan.
sakit perut,selalu.jawab exam,tekan perut sebab sakit.call umi,umi suruh pegi klinik.and kali kedua,umi suruh pegi klinik lagi sebab suruhan kali pertama aku tak buat.so,i went there sbb tak tahan asyik sakit and realize dah tak nak bagi umi risau.doc cakap tanda-tanda nak kena gastrik.adehh,padan muka.kesihatan tak dijaga dengan baik.sekarang perut dah tak sama macam dulu.dulu,kalau tak makan nasi sehari dapat tahan,sekarang tak lagi..sangat-sangat kesal sebab take the good health for granted.dah jadi macam ni,baru nak kesal.actually,its a simple thing.u've grown up sis.u know exactly what to do.no need to burden ur parents with this messy things,and off course they, for sure are worrying about you since u're far apart from them (hehe..terengganu -selangor je pon aihh.taklah jauh sangat).but still,they are worried about u.there have lots of things to think,don't add their burden.
*sayangi diri anda*

p/s: everything u have, don't take it for granted .
nikmat,kalau Allah nak ambik balik,sekelip mata je ia akan hilang..

Wednesday 9 January 2013

Good luck!

3 more paper to go.
moga Allah permudahkan,
dihindarkan dari kesulitan semasa menjawab soalan peperiksaan..

di samping berusaha,jangan lupa berdoa.
doa itu senjata kita,umat Islam.
best of luck to all..

pernah tak?

pernah tak korang jalan sorang-sorang, tunduk hadap bumi tu, kemudian angkat kepala dan lihat sekeliling, lift up confident dan jalan lagi..jalan seolah-olah there is someone tengah stalking korang.someone that you bet is a special one(khayalan semata-mata).then sambil fikirkan macam tu,korang akan sengih sorang-sorang,jalan pun tersangat sopan sedangkan people around are just busy doing their things and you're just perasan sorang-sorang.

p/s:berangan nak terserempak ngan prince charming..jalan sorang2 n then dia langgar kite,habis jatuh buku bertaburan,dia tolong kutip,boleh? *saya sedar diri*

Tuesday 8 January 2013

minat,suka..

pernah tak rasa suka atau maybe minat tapi takdelah obses atau fanatik kat seseorang..
contoh, aku suka dan minat kat matluthfi.and sometimes kalau boring, di samping tengok video yusof estes, criter thriller korea,ahmad deedat tak pun ustaz azhar idrus,aku layan gak video-video matluthfi tu.and then can't deny, the words of 'comel sungguh dia' akan terbit.kalau tak kat mulut,dalam hati..well *aku tak gedik *sense of 'sedar diri' tu menebal..keh3..
now,he's handling matluthfi90 page.and the fans are like,ohmy...when he's updating something,the fans surrounds the status with likes and comments..me off course just be the things called 'pemerhati dalam diam'.and the good status comes from him,i'll also sometimes give a like.

p/s:jugak minat kat anwarhadi.
keep the good job.dalam bervlog,ade nilai dan mesej berguna. ^_^

poonn..poonn

miss the old time, writing..
back to write.. ^_^