Saturday 27 April 2013

andai bukan aku epi 2

"erkk,adik saya nak bertunang bos".laju pula aku mengungkapkan.gemuruh namun dikuasai keyakinan yang dibuat-buat.dia menganggukkan kepalanya."ok,saya benarkan awak bercuti...tapi dengan satu syarat",ujarnya sambil mengusap-usap dagunya yang mulai ditumbuhi janggut halus.ekpsresi mukaku pula macam "ahh,sudahhhh"."syyaa....syaaarat ape bos?",terketar-ketar juga dibuatnya.takut juga terkantoi.umi pula tidak memberitahu sebab kenapa aku harus pulang dan itulah yang susah untuk aku terangkan kepada bos.akhirnya alasan adik hendak bertunang pula yang keluar.aku redha dengan apa yang bakal terjadi selepas ini."syaratnya, saya akan ikut balik ke kampung awak".ujarnya sambil meyilangkan tangan,melihatku serius.Blurr seblurrnya.itu sudah menempah bala namanya."tapi untuk apa bos?rumah saya biasa-biasa saja.banyak nyamuk pulak tu.tentu bos tak selesa nanti".aku cuba menimbulkan situasi tidak selesa di dalam imaginasi bosku tentang keadaan rumahku.dia mengetuk-ngetuk meja dengan pennya.mungkin menimbang kata-kataku tadi."untuk memastikan awak tidak menipu".aku mati kutu dengan jawapannya."dan pula,saya rasa banyak je hotel atau motel kat situkan.boleh juga saya ambil peluang ni untuk berehat dan bersiar-siar di sana".jawapannya bukan saja membuatkan aku mati kutu tapi ini sudah mati babun namanya ni.akhirnya aku pasrah.

balik dari kerja hari tu,aku terus menelefon umi.memaksanya memberitahu sebab aku harus pulang.umi mengalah dan memberitahu yang adik lelakiku bakal bertunang.Allah,rasa lapang dadaku mendengarnya.sungguh aku gembira.gembira dengan khabar itu dan gembira kerana aku tidak menipu bosku pada siang hari tadi.tapi,meskipun begitu,perihal bosku yang ingin turut serta pulang tidak pula kukhabarkan kepada umi tadi.sesak nafas juga memikirkan perkara itu."kau kenapa?macam ayam berak kapur je muka kau ni,"soal Iylia merangkap housemate ku yang tercinta.sungguh aku tidak senang duduk.aku merenung wajahnya sayu.Iylia makin pelik."owhh,okay.mungkin ini petanda.Rin,aku mintak maaf banyak-banyak kat kau ye.halalkan makan minum aku selama kita berkawan.sungguh aku sayang kau.serius.and aku nak kau tahu yang aku pun dah maafkan semua kesalahan kau kat aku".Kata-kata Iylia membuat aku melemparkan bantal kepadanya."choiii",ucapku marah.Iylia ketawa lepas.aku tahu dia bergurau.dan akhirnya aku turut sama ketawa.

hari ini hari khamis.mengapa aku mengira hari rasanya bukan lagi persoalan.sudahlah terpaksa balik dengan si bos.arahan tanpa rayuan yang boleh dikemukakan.akhirnya membuatkan aku untuk mengheret sama Iylia pulang ke kampungku.tidak rela rasanya hendak pulang berdua sahaja.boleh mati aku nanti dek dikejar abah dengan parangnya yang digunakan untuk menebas semak-samun dibelakang rumah.esok adalah hari yang ditunggu dengan tidak selesanya oleh aku."arghhhh",hatiku menjerit kuat.meski tiada siapa yang dengar dan tahu,sedikit sebanyak ia melegakan aku.

No comments:

Post a Comment