Monday 28 October 2013

cuit-cuit sayang

hoihh..aku menampar belakang rina yang tengah makan dengan lahapnya."tak senonoh",ucapku menjuihkan bibir..huhh.."erkkkk,tercekik aku samdoll",marah rina.bebelannya tidakku hiraukan.membebel mengalahkan murai tercabut ekor, namun ayam kfc tetap setia masuk ke dalam mulutnya.aku pun hairan macam mana dia boleh membebel dan makan dalam satu masa..*garu kepala*..
"dah la kau.makan comot mengalahkan baby baru lahir.lap tu mulut kau".Prihatin aku menghulurkan tisu.
Rina menurut.baru aku hendak berkalih dari kerusi,badanku terasa terlanggar sesuatu.sejuk-sejuk lengan ini terasa.ahhh,demm..air mountain dew mengalir dari tudung ke lengan bajuku.sah,aku bermandikan air mountain dew.terasa nak menyinga.seriously.tapi apalah daya,kesabaran itu sentiasa ada mengalahkan kemarahan aku."salah aku juga",hatiku berbisik.memujuk lembut.
"errr,maafkan saya cik",kulihat muka bersalah seorang jejaka.
rina menjadi pemerhati bisu.masih tergamam barangkali dengan kejadian yang tidak diduga ini.tapi dalam tergamam itu,tangannya masih sempat lagi mencubit isi ayam kfc yang terletak di depannya sambil wajahnya berpaling dan matanya melihat aku dan jejaka itu tanpa berkelip."siot",ucap hati jujurku tertuju kepada rina.
"err,cik..macam mana?saya betul-betul mintak maaf.saya tak perasan tadi".dia masih dengan muka  bersalahnya.aku berlalu tanpa reaksi ke paip air.sempat aku mendengar rina mempelawa jejaka itu duduk semeja dengan kami"."double siot",masih lagi tertuju kepada rina.

di meja,aku sudah tidak selesa duduk.hendak balik,rina menahanku mengatakan snack plate kfcnya belum habis lagi.apa yang aku lihat, dia begitu seronok berbual dengan jejaka tadi seolah-olah aku ini tiada apa-apa.tidak lencun baju dan tudung sedangkan hakikat adalah sebaliknya.aku lencun.yess.tudung basah,baju basah walaupun hanya sebelah kanan.jejaka itu curi-curi memandangku.masih takut-takut.mungkin masih dihantui rasa bersalah."tak pe",jawabku tadi.namun nyata jawapanku tadi masih tidak menghilangkan rasa bersalah dia."rina,aku nak balik",ujarku lembut.aku tahu si dia mendengar.kerlingan matanya yang sesekali itu kerapkali bertembung dengan anak mataku.rina sudah hampir selesai namun si jejaka itu menghabiskan snack platenya terlebih dahulu."erkk,jap ye..saya nak bagi sesuatu.kejap je.kamu tunggu ye".dia menghilang.

"dahlahhh..apa lagi ni rina?".aku menarik tangannya.meminta untuk pulang sekarang.
"Kejaplah.kau dengar apa dia cakap tadi kan.dia suruh tunggu sekejap.jap lah.nanti kita baliklah."Rina memujukku supaya menunggu.
aku mengdongkol marah.masam.
"hah,tu dia.kan aku dah cakap".rina melambai-lambaikan tangannya kepada jejaka tadi.
si jejaka yang melihat menghampiri."nah,untuk kamu sebagai tanda maaf saya sebab dah basahkan baju dan tudung kamu".
dia mengunjukkan dua shopping bag kepadaku.aku teragak.mulut masih terkunci.
melihatkan aku yang masih tiada respon,rina mengambilnya dan mengucapkan terima kasih.sambil itu,aku sudah memulakan langkah.malas mahu mengambil pusing tentang rina dan jejaka itu lagi.yang aku tahu sekarang ini aku mahu pulang dan mandi.rina berlama-lama di belakang.entah apa lagi urusan yang dibuatnya dengan jejaka itu.sekali lagi aku bilang,aku malas mahu mengambil tahu.

sampai di rumah,rina mengambil tangan kananku dan meletakkan shopping bag tadi di jariku.kemudian menonong aku masuk ke dalam bilik.shopping bag tadi aku campak ke atas katil dan segera mencapai tuala yang trsangkut.usai mandi dan solat zohor,rina mendekatiku,melabuhkan punggungnya di atas katil dan mengatakan yang jejaka tadi berminat untuk mengenali diri aku.perghh.aku mencemik."not interested,"balasku."sombong",balas rina pula.aku membuka telekung solat dan menolak rina keluar dari bilik comelku."suka hati aku lah..dah,dahh..keluar.aku nak tidur,"ujarku sambil membuat muka tidak suka.rina hanya tersenyum.hatiku mengatakan yang dia mempunyai perancangan.sengihnya lain macam.tutup sahaja pintu,handphoneku berbunyi menandakan mesej baru masuk."jaga2",itu pesanan mesej yang baru ku terima daripada rina di bilik sebelah.