bila disebut perkataan manusia, itulah hamba.hamba kepada khalik yang menciptanya iaitu Allah.
dan sesuai dengan taraf seseorang hamba itu, mereka akan diuji.besar atau kecil ujiannya, itulah yang perlu dilalui sepanjang mendiami dunia sementara ini.
begitu cepat aku melatah dengan ujian yang sedikit ini berbanding nikmat yang tidak terhitung banyaknya.
muhasabah.adakah dugaan yang sekecil ini mampu melenyapkan kenikmatan yang lebih banyak yang aku peroleh?tentulah sekali tidak.bangkitlah wahai muslimah kecil.berikan nyawa pada rohanimu, pertingkatkan imanmu.janganlah terleka dengan dunia.jika DIA mengambil seseorang yang engkau sayang,maka berlapang dadalah.DIA lebih menyayangi lebih darimu menyayanginya.doakanlah kesayanganmu itu tenang di sana.dan jika DIA memberimu kegagalan setelah puas engkau berusaha,maka berlapang dadalah.DIA lebih mengetahui.mungkin jika diberi kejayaan, engkau akan terleka.ayuh,raih cinta-Nya kerana tanpa cinta dari-Nya kita ibarat hidup tanpa makna.usah terlalu dikejar pada cinta manusia kerana jika engkau mencintai DIA maka seluruhnya akan turut mencintaimu. Ya Allah,kuatkan diri ini meniti hari-hari yang mendatang bersama redha-Mu.
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya....."
(al-Baqarah ayat 286)
No comments:
Post a Comment