Allahuakbar.terasa begitu terkesan sekali dengan pemergian arwah mahani,sahabat aku di bumi ukm.kami satu kolej,tinggal di aras yang sama cuma selang satu bilik.malah kami pun berada dalam satu course yg sama walaupun berlainan modul.
Allahuakbar.baru semalam aku berjalan-jalan dengan dia.baru semalam aku melihat senyuman dia.
kenyataan ini seumpama mimpi yang membuatkan aku terasa ingin cepat2 bangkit dari lena dan mendapatkan dia.tapi, hakikatnya tidak dapat diubah.itulah realiti.arwah telah pergi.meninggalkan aku,meninggalkan ahli keluarganya dan sahabat2nya di dunia ini utk bertemu Pencipta yang berhak ke atas dirinya.arwah seorang yang sangat baik hati,pemurah,lemah lembut dan sopan.arwah juga seorang yang menjaga akhlaknya dan berusaha membawa dirinya dan sahabat2 yang lain ke arah kebaikan.sudah 2 tahun aku mengenalinya.arwah mempunyai peribadi yang cukup menyenangkan.melihatnya pun sudah membuatkan kita terpikat kepada peribadinya.Allahuakbar, pergi sudah sebuah permata yang bersinar.
mengimbas detik2 arwah sebelum meninggal,aku dan beberapa orang sahabat yang lain serta arwah pergi ke metro kajang sehari sebelum arwah meninggal.hari itu pun seakan sudah terdapat tanda2nya.perjalanan kami seakan perlahan menunggu bas.mungkin Allah ingin memberi waktu2 terakhir bersamanya.bas yang lambat tiba membuatkan kami berborak panjang di tempat menunggu.namun arwah hari itu, kelihatan banyak diamnya dan tersenyum.kerana lambat menunggu bas rapid kl utk ke metro kajang,kami mengambil keputusan untuk naik bas 6K,iaitu bus yg dikhaskan utk ke stesen komuter UKM.tiba di pertengahan jalan dalam ukm,kelihatan bas rapid lalu.kami turun dari bas 6K dan menunggu bas rapid di depan perhentian menunggu FTSM.kami bergelak ketawa bergurau senda dan dia masih lebih banyak tersenyum dengan telatah kami.
sampai di hentian kajang,aku dan dila,salah seorang sahabatku turun di situ membiarkan arwah dan atul,sahabat yg seorang lg pergi mendahului kami ke metro kajang.ini berikutan aku perlu untuk membeli tiket ke terengganu terlebih dahulu.selepas itu perjalanan diteruskan ke metro kajang dengan menaiki bas U40.sampai di sana, lebih kurang satu jam diambil untuk kami semua kembali berempat berkumpul.aku melihat arwah dan atul di dalam Giant ingin membayar barang-barang yang dibelinya.agak banyak barang yang lebih kepada makanan dibeli arwah.atul pun lebih kurang begitu.selepas itu,masing2 mengadu lapar dan atul berpuasa.kami naik ke tingkat paling atas untuk menjamu selera dan untuk atul berbuka puasa.aku memesan nasi goreng biasa,arwah memesan nasi goreng udang,dila memesan nasi goreng tomyam dan atul memesan mee hoon goreng.makanan aku siap paling awal dan arwah yang paling lambat.kami makan sambil berbual2.aku sempat mengusiknya dengan mengatakan arwah suka sangat makan udang.arwah membalas mengatakan aku pula suka makan ikanG yang mana G nya ditekan kerana aku orang terengganu.aku ketawa ,arwah dan yang lain pun juga ikut ketawa.selepas itu kami ke kedai bata.arwah ingin membeli sandal baru.kerenahnya tak banyak,mencuba yang dirasakan berkenan terus dibelinya.kemudian semasa ingin pulang kami menaiki teksi.sampai di kolej,arwah dan yang lain menyimpan barang di bilik dila dahulu kerana ingin terus ke dectar untuk mendengar talk dari Tun Dr.Mahathir.malam itu kami pulang ke kolej agak lewat.di dectar arwah byk mendiamkan diri juga.sampai di kolej,aku naik dahulu ke bilik,mah dan atul ke bilik dila dahulu utk mengambil barang.tidak lama kemudian, aku mendengar ketukan di pintu.aku tahu itu ketukan dari arwah kerana arwah mmg selalu akan mengetuk pintu bilik aku apabila dia berjalan melintasi bilik aku.tapi yang aku kesalkan,aku tidak hiraukan ketukan itu.keesokannya,(hari arwah meninggal) awal pagi hari sabtu, aku ke bilik air,aku terserempak dengan arwah yg ingin mandi.arwah sempat menyapa aku.kemudian aku balik ke bilik.aku sambung tidur.agak lewat aku bangun kemudiannya sebaik aku terjaga,aku mendengar ketukan di pintu bilik.aku buka pintu dan melihat atul yang panik dan dia terus menarik tanganku ke bilik arwah.aku pada mulanya masih tidak tahu apa yang berlaku.atul hanya memberitahu arwah tidak bangun2 dr tidurnya dan tidak bergerak langsung.aku masuk ke dalam bilik dan menerpa arwah.wajahnya yang kebiruan bercampur ungu membuatkan aku panik.aku goncang bahunya,tapi tiada respon.atul bingung,aku makin panik.aku berlari keluar dari bilik arwah dan kembali ke bilik aku untuk mengambil henpon.tangan aku terketar2 mendail nombor felo.kemudian aku ke bilik depan sambil menangis dan menarik tangan ain utk menyuruhnya ke bilik arwah dan meminta pertolongan.kini,satu aras hingar bingar.semua orang bertungkus lumus membantu.abang syah,ketua felo kolej naik ke atas aras 4 dan ramai yang membawa arwah turun utk ke hospital.atul mengikut abg syah dan farhannie ke hospital.tangisan aku makin lebat.hati aku x henti2 berdoa.aku bersihkan diri dan solat sunat hajat meminta kesembuhan arwah.siti fatimah pun sama.kami kemudian menyusul ke hospital serdang dengan teksi.aku,dila,siti fatimah dan rahanee.sesampainya di hospital,kami ke lobi utk bertanyakan tentang lokasi arwah.akak di situ menyuruh kami ke bahagian kecemasan.kami pergi ke sana,bertanyakan kepada penjaga kaunter.dia lambat memberitahu, masih mencari2 nama arwah di dalam data komputer.kami sudah tidak sabar.pak guard mencelah mengatakan"yang meninggal tu ke?".waktu itu aku terasa ingin memarahi pak guard.hati aku berusaha keras menolak kemungkinan itu.kemudian kami masuk ke dalam.mencari2 arwah di katil yang mana.namun hampa.antara pesakit yang masih hidup itu tidak kulihat wajah arwah.terdapat satu tempat yang ditutup dengan kain seperti tirai langsir.pak guard tu skali lagi cakap"yg meninggal tu kat situ,menunjuk arah tempat bertirai itu".kami masuk ke sudut itu.yang kami lihat,arwah sudah terbujur kaku.keempat2 kami menangis sambil memegang arwah menyuruhnya bangun.aku sendiri menyuruhnya bangun.tetapi arwah hanya kaku.kami cium arwah.kemudian kami disuruh keluar menunggu di luar.suasana makin hiba dengan tangisan kami.operasi menelefon sahabat2 yg lain bermula.dengan payah mulut ini menutur bicara.ramai sahabat yang tidak percaya.tangisan bergabung.malah ada yang mengingatkan aku bergurau dan main2.kukatakan mana mungkin aku main2 dengan kematian.tidak lama selepas itu,hospital serdang dibanjiri dengan sahabat2 lain yang datang.pensyarah,pengetua kolej,felo kolej,jaksa kolej serta ahli keluarga arwah memenuhi ruangan di sekitar bilik forensik.hiba sungguh malam itu.kami beramai2 membacakan yasin kepada arwah dan dibuat tahlil di situ.selepas isyak,arwah dibawa ke klia utk diletakkan dahulu di bahagian kargo kerana jenazah arwah akan dibawa pulang ke kampungnya di sarawak.arwah sekarang sudah selamat dikebumikan.
1-selepas arwah mandi,bersiap utk ke teori amali memandu,tetapi pd pagi itu,arwah mengadu kepada atul dia sakit kepala.atul menasihatkan dia supaya tido di bilik sahaja.atul cuba utk memberinya air tapi ditolak.tidurnya arwah pagi itu membawa kepada lena yang panjang dan tidak mungkin akan terjaga lagi..arwah telah pergi menghadap Penciptanya.
2-arwah suka udang.hari ketika keluar ke metro kajang,arwah banyak makan udang.
3-sekarang kat kg arwah musim udang.arwah pernah cakap beberapa hari sebelum kejadian,dia teringin utk pulang cuti midsem nanti.beria2 dia mengatakannya.walhal semester sebelum ni,dia tidak pula mengatakan hasrat sebegitu ketika cuti midsem kerana cutinya hanya sedikit dan arwah lebih gemar tinggal di ukm utk menyiapkan tugasan.
4-hari jumaat,sehari sebelum kejadian,arwah menunggu aku utk ke kelas bersama.aku terlambat hari tu.aku melihat dia masih ada dan memintanya menungguku.dan aku tidak sangka dia betul2 menungguku kerana selalunya dia pergi lebih awal.
ada lagi tanda2 arwah yang berlainan cuma mungkin kami tidak menyedarinya atau mungkin sedar tetapi menganggap ianya biasa2 dan hanya memendamkan kepelikan itu di lubuk hati masing2 sahaja.
arwah ingin pulang ke kampung,dan nyata hajatnya tercapai sudah.malah lebih awal dr apa yg dihajatinya.dan pulangnya arwah itu adalah pulang yang tidak akan kembali lagi.
kami, para sahabat arwah mengiringi pemergiannya dengan doa dan mengharapkan arwah bahagia juga tenang di sana.
semoga arwah tergolong dalam kalangan orang-orang yang beriman.
moga juga syurga tempat utkmu wahai sahabat.
p/s:rindu sgt2 pada arwah :(
No comments:
Post a Comment