Sunday, 28 April 2013

andai bukan aku epi 3

hari yang aku tunggu dan mungkin juga tidak berapa rela menunggu telahpun tiba..jeng..jeng..jeng..hari untuk balik ke kampung ditemani Iylia dan si bos spek besar.muncung mulut aku hari itu.Iylia mengeleng-gelengkan kepala melihat tingkahku.pagi-pagi Jumaat lagi si bos sudah tersadai di depan rumah sewa kami."poonn.ponnnnn..ponnnnn."..bunyi hon kereta membingitkan telinga.terasa ringan sahaja mulutku untukku memarahi namun mengingatkan pesan orang tua dan adab, tidak jadi pula aku bersuara.Iylia mengangkut beg ke dalam bonet kereta dan si bos memandang sambil tersenyum dan menyapa Iylia."hai".sapanya ramah."hai",balas Iylia berbasa basi."Assalamualaikum".aku menjerit kuat di belakangnya.dia mungkin tidak menyedari kehadiranku sementelah kulihat dia asyik memandang Iylia.berhai-hai bagai,seolah-olah melupakan salam yang mendoakan masing-masing."waalaikumussalam".kulihat si bos menjawab perlahan.merah mukanya.menahan malu barangkali di hadapan Iylia.hatiku ketawa lepas."hahahahha,padan muka.si spek besar ni nak main-main dengan aku.jangan haraplah",gumanku nakal.
tetapi terbit juga rasa perikemanusiaan.aku mempelawa si bos untuk makan dahulu."bos,jom makan dulu.buat alas perut.aku membawa sepinggan nasi goreng dan segelas teh suam ke meja kecil di halaman rumah.kulihat dia segera menerpa."amboi,tak menyempat",bisikku melihat telatahnya.

"sedap nasi goreng tadi..siapa buat?",tanya si bos memandang Iylia dan aku silih berganti.namun secara tepatnya memandang Iylia lebih daripada aku."Rii....."."Lia",aku menjawab malas.padahal Iylia baru sahaja ingin membuka mulut mengatakan aku yang memasaknya.tidak sempat kerana aku memotong percakapannya.mataku memandang Iylia seolah-olah meyuruhnya diam sahaja."owhh,Lia ke yang masak?sedap,pandai Lia masak".kulihat mata si bos bercahaya memuji si Iylia."dah sangkut dah",ujarku antara dengar dan tidak.Iylia kusuruh duduk di hadapan manakala aku dibelakang walaupun tadi dibantah keras oleh Iylia namun sudahnya Iylia mengalah.aku tahu dia selalu lembut hati dengan aku dan sebab itulah dia selalu mengalah denganku.

setelah enam jam atau mungkin lebih perjalanan,akhirnya aku sampai di kampung halamanku.dan sekarang aku berada di halaman rumahku..keluar dari perut kereta,aku menggeliat sepuas hati.penat mendiami kereta selama perjalanan.bos yang melihat mencerunkan pandangan.mungkin tidak percaya dengan kelakuanku yang dianggap kurang sopan.aku sedar itu.tapi nak buat macam mana kan,sudah terlajak perbuatan mana mungkin kuundur balik.hehehe.umi,abah dan adik-adikku mendapatkan kami.umi becok menanyakan khabar.baru sahaja aku ingin bersalam dengan umi,aku teringat sesuatu."Allah".aku menepuk dahi.umi pelik."jap umi.along terlupa sesuatu".di hadapan mereka,aku melaungkan salam."Assalamualaikum".kuat.umi menepuk belakang bahuku.aku tersengih."ishh,budak nih.boleh plak macam tu",bebel umi.Iylia tersenyum,si bos menggeleng kepala."mengata aku lah tu",gerutuku memandang mata si bos lantas aku mencebikkan bibir.

No comments:

Post a Comment