kerap benar ketawa dalam tidur.
sampai rumate naik hairan.
hmm,tidak mengapalah.
mungkin ketawa itu lebih tulus.
barangkali.
agaknyalah.
Monday, 29 April 2013
maaf
tanpa kita sedar,
mungkin ada yang terasa
mungkin ada yang tersinggung
dengan cara kita.
lain orang lain kawalan emosinya.
sikap kita ambil tidak kisah dengan apa yang dikatakan
mungkin sesetengahnya ambil kisah.
mereka punyai personaliti sendiri dan begitu juga kita.
engkau jenis yang tidak kisah,tidak semestinya mereka begitu.
ada yang halus emosinya.
ada yang halus perasaannya.
kadang-kadang tidak terjaga, tapi selagimana ianya melibatkan perasaan,
cubalah untuk menjaganya.
p/s:mereka bukan kamu dan kamu bukan mereka.
maaf andai ada sesiapa yang terasa atau tersinggung dengan diri ini.

Sunday, 28 April 2013
andai bukan aku epi 3
hari yang aku tunggu dan mungkin juga tidak berapa rela menunggu telahpun tiba..jeng..jeng..jeng..hari untuk balik ke kampung ditemani Iylia dan si bos spek besar.muncung mulut aku hari itu.Iylia mengeleng-gelengkan kepala melihat tingkahku.pagi-pagi Jumaat lagi si bos sudah tersadai di depan rumah sewa kami."poonn.ponnnnn..ponnnnn."..bunyi hon kereta membingitkan telinga.terasa ringan sahaja mulutku untukku memarahi namun mengingatkan pesan orang tua dan adab, tidak jadi pula aku bersuara.Iylia mengangkut beg ke dalam bonet kereta dan si bos memandang sambil tersenyum dan menyapa Iylia."hai".sapanya ramah."hai",balas Iylia berbasa basi."Assalamualaikum".aku menjerit kuat di belakangnya.dia mungkin tidak menyedari kehadiranku sementelah kulihat dia asyik memandang Iylia.berhai-hai bagai,seolah-olah melupakan salam yang mendoakan masing-masing."waalaikumussalam".kulihat si bos menjawab perlahan.merah mukanya.menahan malu barangkali di hadapan Iylia.hatiku ketawa lepas."hahahahha,padan muka.si spek besar ni nak main-main dengan aku.jangan haraplah",gumanku nakal.
tetapi terbit juga rasa perikemanusiaan.aku mempelawa si bos untuk makan dahulu."bos,jom makan dulu.buat alas perut.aku membawa sepinggan nasi goreng dan segelas teh suam ke meja kecil di halaman rumah.kulihat dia segera menerpa."amboi,tak menyempat",bisikku melihat telatahnya.
"sedap nasi goreng tadi..siapa buat?",tanya si bos memandang Iylia dan aku silih berganti.namun secara tepatnya memandang Iylia lebih daripada aku."Rii....."."Lia",aku menjawab malas.padahal Iylia baru sahaja ingin membuka mulut mengatakan aku yang memasaknya.tidak sempat kerana aku memotong percakapannya.mataku memandang Iylia seolah-olah meyuruhnya diam sahaja."owhh,Lia ke yang masak?sedap,pandai Lia masak".kulihat mata si bos bercahaya memuji si Iylia."dah sangkut dah",ujarku antara dengar dan tidak.Iylia kusuruh duduk di hadapan manakala aku dibelakang walaupun tadi dibantah keras oleh Iylia namun sudahnya Iylia mengalah.aku tahu dia selalu lembut hati dengan aku dan sebab itulah dia selalu mengalah denganku.
setelah enam jam atau mungkin lebih perjalanan,akhirnya aku sampai di kampung halamanku.dan sekarang aku berada di halaman rumahku..keluar dari perut kereta,aku menggeliat sepuas hati.penat mendiami kereta selama perjalanan.bos yang melihat mencerunkan pandangan.mungkin tidak percaya dengan kelakuanku yang dianggap kurang sopan.aku sedar itu.tapi nak buat macam mana kan,sudah terlajak perbuatan mana mungkin kuundur balik.hehehe.umi,abah dan adik-adikku mendapatkan kami.umi becok menanyakan khabar.baru sahaja aku ingin bersalam dengan umi,aku teringat sesuatu."Allah".aku menepuk dahi.umi pelik."jap umi.along terlupa sesuatu".di hadapan mereka,aku melaungkan salam."Assalamualaikum".kuat.umi menepuk belakang bahuku.aku tersengih."ishh,budak nih.boleh plak macam tu",bebel umi.Iylia tersenyum,si bos menggeleng kepala."mengata aku lah tu",gerutuku memandang mata si bos lantas aku mencebikkan bibir.
Saturday, 27 April 2013
andai bukan aku epi 2
"erkk,adik saya nak bertunang bos".laju pula aku mengungkapkan.gemuruh namun dikuasai keyakinan yang dibuat-buat.dia menganggukkan kepalanya."ok,saya benarkan awak bercuti...tapi dengan satu syarat",ujarnya sambil mengusap-usap dagunya yang mulai ditumbuhi janggut halus.ekpsresi mukaku pula macam "ahh,sudahhhh"."syyaa....syaaarat ape bos?",terketar-ketar juga dibuatnya.takut juga terkantoi.umi pula tidak memberitahu sebab kenapa aku harus pulang dan itulah yang susah untuk aku terangkan kepada bos.akhirnya alasan adik hendak bertunang pula yang keluar.aku redha dengan apa yang bakal terjadi selepas ini."syaratnya, saya akan ikut balik ke kampung awak".ujarnya sambil meyilangkan tangan,melihatku serius.Blurr seblurrnya.itu sudah menempah bala namanya."tapi untuk apa bos?rumah saya biasa-biasa saja.banyak nyamuk pulak tu.tentu bos tak selesa nanti".aku cuba menimbulkan situasi tidak selesa di dalam imaginasi bosku tentang keadaan rumahku.dia mengetuk-ngetuk meja dengan pennya.mungkin menimbang kata-kataku tadi."untuk memastikan awak tidak menipu".aku mati kutu dengan jawapannya."dan pula,saya rasa banyak je hotel atau motel kat situkan.boleh juga saya ambil peluang ni untuk berehat dan bersiar-siar di sana".jawapannya bukan saja membuatkan aku mati kutu tapi ini sudah mati babun namanya ni.akhirnya aku pasrah.
balik dari kerja hari tu,aku terus menelefon umi.memaksanya memberitahu sebab aku harus pulang.umi mengalah dan memberitahu yang adik lelakiku bakal bertunang.Allah,rasa lapang dadaku mendengarnya.sungguh aku gembira.gembira dengan khabar itu dan gembira kerana aku tidak menipu bosku pada siang hari tadi.tapi,meskipun begitu,perihal bosku yang ingin turut serta pulang tidak pula kukhabarkan kepada umi tadi.sesak nafas juga memikirkan perkara itu."kau kenapa?macam ayam berak kapur je muka kau ni,"soal Iylia merangkap housemate ku yang tercinta.sungguh aku tidak senang duduk.aku merenung wajahnya sayu.Iylia makin pelik."owhh,okay.mungkin ini petanda.Rin,aku mintak maaf banyak-banyak kat kau ye.halalkan makan minum aku selama kita berkawan.sungguh aku sayang kau.serius.and aku nak kau tahu yang aku pun dah maafkan semua kesalahan kau kat aku".Kata-kata Iylia membuat aku melemparkan bantal kepadanya."choiii",ucapku marah.Iylia ketawa lepas.aku tahu dia bergurau.dan akhirnya aku turut sama ketawa.
hari ini hari khamis.mengapa aku mengira hari rasanya bukan lagi persoalan.sudahlah terpaksa balik dengan si bos.arahan tanpa rayuan yang boleh dikemukakan.akhirnya membuatkan aku untuk mengheret sama Iylia pulang ke kampungku.tidak rela rasanya hendak pulang berdua sahaja.boleh mati aku nanti dek dikejar abah dengan parangnya yang digunakan untuk menebas semak-samun dibelakang rumah.esok adalah hari yang ditunggu dengan tidak selesanya oleh aku."arghhhh",hatiku menjerit kuat.meski tiada siapa yang dengar dan tahu,sedikit sebanyak ia melegakan aku.

Wednesday, 24 April 2013
andai bukan aku epi.1
berat juga memikirkan permintaan umi.mendadak dan secara tiba-tiba.katanya aku harus pulang ke rumah hujung minggu ini.ada hal penting yang ingin disampaikan.aku bingung.sedangkan aku baru saja pulang dua minggu yang lepas.ini bermakna aku harus meminta cuti lagi.pening juga memikirkan bagaimana aku harus bersoal jawab dengan bos aku yang terlalu strict itu.melihatkan cermin matanya saja sudah membuatkan aku gerun.besar gedabak.mindaku mula memikirkan alasan-alasan yang akan menguatkan permohonan aku nanti.akhirnya aku penat sendiri.bermain-main teka-teki memikirkan permintaan umi, dan mengasah minda untuk memilih alasan yang akhirnya membuatku tertidur sendiri.
Di pejabat,aku sudah mula tidak senang duduk.borang cuti sudah kuisi.hanya perlu menunggu si bos masuk untuk mendapatkan pengesahannya."kau kenapa?macam tak sihat jer,"Aiza menanyakan aku.keadaan gelisah aku memang agak ketara kukira.aku tersenyum.paksa barangkali."takde pape Ai.eh,bos masih belum masuk lagi ke?"tanyaku.Aiza menggeleng tanda tidak tahu.Hari itu penantianku sia-sia.si bos memang sampai ke sudah tidak masuk pejabat.borang cuti masih kupegang.tepat jam 5 petang kaki mengambil langkah untuk pulang.harapanku esok si bos akan datang.
malam itu,umi menelefonku lagi untuk mengingatkan aku.serba salah juga aku dibuatnya.aku cuba untuk merisik-risik khabar dari ayah dan adik-beradikku yang lain mengenai perkara yang ingin diberitahu umi tetapi mereka hanya menyatakan tidak tahu."takkan kau tak tahu mai?"tanya aku kepada adik perempuanku.biasanya dia yang paling cepat tahu kalau ada apa-apa yang berlaku."ahh,tak tahulah aku.umi tak bagitau.aku dah sogok epal sebijik kat umi,tapi umi tetap tak bagitau.frust aku",jawab adikku.bersungguh-sungguh pula dia.sogok epal bagai.memang takkan jalan.umi mana makan sogokan."kau pun agak-agaklah.main sogok-sogok epal bagai.ngek la kau ni".aku mengata adikku yang kupanggil mai itu.dapat kuagak dia mencebik tika itu."biarlah.yang penting umi sayang aku lebih.wekkk",dia membalas."ahh,kau yang perasan.umi lagi sayangkan han lah",aku mengasak.aku tahu dia selalu cemburukan han,adikku yang bongsu."huhhh,dahlah kau.malas aku nak layan".tanpa salam dia terus meletakkan telefon.marah agaknya.telatah mai membuatku tersenyum.namun dalam hati,pertanyaan masih terus memburu mindaku.esok,perihal cuti aku harus diselesaikan,itu tekadku.
Alhamdulillah,pagi itu si bos masuk kerja.teragak juga aku ingin bertemunya.tapi hal itu tidak boleh tertangguh.dengan semangat yang ada,kugagahkan kaki melangkah ke bilik si bos.bunyi ketukan pintu diselangi dengan suaranya menyuruhku masuk selepas itu.kulihat dia tekun menghadap kerja."ada apa?"tanyanya tegas tanpa mengangkat muka."erkkk,saya...."kujeda seketika.si bos mula mengangkat kepalanya.memandang tepat ke arah wajahku."apa?"tekannya lagi."sssaaayyaaaa....sayaaaa...",tergagap gagap aku memulakan."saya apa"?sergahnya kuat yang membuatkan aku terkejut dan spontan membuatkan aku berkata"saya nak cuti",kuat dan lantang juga.aku menunduk.terkejut punya pasal,aku sudah terkuatkan suaraku."matilah aku",gerutuku."hmm",dia mengusap dagu seketika berfikir."untuk apa?".aku hilang punca.pertanyaannya memakan masa untukku jawab."nak kelentong apa ni".aku mulai resah.si bos menanti.
Tuesday, 23 April 2013
bila diri diuji
bila disebut perkataan manusia, itulah hamba.hamba kepada khalik yang menciptanya iaitu Allah.
dan sesuai dengan taraf seseorang hamba itu, mereka akan diuji.besar atau kecil ujiannya, itulah yang perlu dilalui sepanjang mendiami dunia sementara ini.
begitu cepat aku melatah dengan ujian yang sedikit ini berbanding nikmat yang tidak terhitung banyaknya.
muhasabah.adakah dugaan yang sekecil ini mampu melenyapkan kenikmatan yang lebih banyak yang aku peroleh?tentulah sekali tidak.bangkitlah wahai muslimah kecil.berikan nyawa pada rohanimu, pertingkatkan imanmu.janganlah terleka dengan dunia.jika DIA mengambil seseorang yang engkau sayang,maka berlapang dadalah.DIA lebih menyayangi lebih darimu menyayanginya.doakanlah kesayanganmu itu tenang di sana.dan jika DIA memberimu kegagalan setelah puas engkau berusaha,maka berlapang dadalah.DIA lebih mengetahui.mungkin jika diberi kejayaan, engkau akan terleka.ayuh,raih cinta-Nya kerana tanpa cinta dari-Nya kita ibarat hidup tanpa makna.usah terlalu dikejar pada cinta manusia kerana jika engkau mencintai DIA maka seluruhnya akan turut mencintaimu. Ya Allah,kuatkan diri ini meniti hari-hari yang mendatang bersama redha-Mu.
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya....."
(al-Baqarah ayat 286)

Subscribe to:
Posts (Atom)