Thursday, 5 June 2014

Adab dalam bergurau

long time didn't write here. love to, but always felt that i didn't have to.
mixed of feeling. a lot of thinking. self reflection. i wish i could do better.
be a good daughter, good sister, good friend, good at everything.
i know. i'm not a good one. yeah, everyone is not a perfect. but trying to be is not a harm thing so, TRY..

u know, as a human, being a Mousleem, u have to remember. we have two kind of relationships. one is relationship with the creator that is Allah and the other one is relationship with humans too. if u at fault towards Allah, then u yourself can pray to be forgiven, do solah taubat, anytime anywhere. but with human being, u must make an apology to them. your sin can't be forgiven unless u have their forgiveness. so, be careful. be a responsible person that know the manners. this will be a great lesson to me. bear n keep in mind, whenever u have wronged people, u must apologive to them. sorry is not a hard thing to say. it gives u a clear mind, peace and calm u.

and to be remember,
dalam bergurau ada adabnya.
betul, gurauan boleh merapatkan silaturrahim dan menguatkan kasih sayang,
namun, boleh jadi juga dalam bergurau ada yang berkecil hati atau terluka.
jangan berlebihan sehingga seseorang merasa dirinya diaibkan atau dimalukan.
dalam bergurau ada batasnya. berguraulah seperti Rasulullah yang hanya bergurau mengenai perkara yang benar dan tidak mereka-reka gurauan semata-mata untuk menghiburkan orang lain kerana baginda takut umat Islam lalai dalam mengingati Allah.
Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya: “Dari Abi Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: Janganlah kamu banyak ketawa kerana sesungguhnya banyak ketawa itu mematikan hati.” (Hadis riwayat Al-Imam At-Tirmidzi).



p/s--> kepada sahabat, rakan dan teman, sungguh aku ini tidak lari daripada kesilapan, oleh itu, jika ada yang terluka atau tersinggung kerana aku, aku memohon maaf sejujur-jujurnya. bantulah aku agar timbangan dosaku berkurangan kerana silap diriku yang selalu tersasar. sama-sama menegur ke arah kebaikan dan terima kasih untuk segala-galanya. moga Allah permudahkan jalan kita semua, aamiinn..

Tuesday, 25 February 2014

Itu RahsiaNya

Lydhia: Ris, sapelah agaknya jodoh kite kan..tak sabar aku nak jumpa dia.
Nurisya: Hmmm..
Lydhia: Jodoh rahsia Allah.tapi serius, aku memang nak sangat jumpa dia cepat-cepat.
Nurisya: Gatal....
Lydhia: Ala, kau ni..biarlah..kih kih kih.
Nurisya: Sayang, mati tu pun rahsia Allah..Entah2 esok lusa kita mati.jadi jangan nak menggatal sangat nak tahu siapa bakal imam aku, siapa bakal ketua keluarga aku..persiapkan diri dengan bekal yang sepatutnya.Allah lebih tahu semuanya.Okay?
Lydhia: Baik Cik Sya sayang..terima kasih banyak-banyak sebab mengingatkan aku.sayang kamu sangat-sangat..hiiii...

alkisahnya...

"umur kita dah masuk 23 dah.sekejap je masa berlalu kan?tua dah kita ni".Airin memalingkan wajahnya memandang Naylia yang sedang khusyuk menaip tugasan."So?,"tanya Naylia tanpa berpaling."Yelah,umur kita dah bertambah.Takkan kau takde rasa nak berpasangan eh?".Airin masih kuat ingin memancing minat Naylia untuk memperkatakan perihal jodoh dan pasangan."Maksud kau Rin"?Tugasannya masih dihadap tanpa berniat untuk berpaling ke arah Airin."Well,aku syok la tengok mereka yang bercouple ni.rasa jugak teringin.Aku nak jugak rasa dengan adanya orang yang mengambil berat dan memberi perhatian kat aku".tutur Airin bersungguh dengan senyuman."Kau tak rasa ke ayat kau macam melampau Rin?Jadi selama ni perhatian dan ambil berat mak ayah kau tak cukup lah untuk kau?Aku?Kau bercakap seolah-olah selama ni tiada yang mengambil berat, beri perhatian pada kau Rin?".Kali ini kerusi sudah dipusing untuk menghadap Airin.Naylia serius.Baginya Airin sudah tersalah meyusun ayat untuk mengajak bicara."Bukan macam tu Lia.Aku..aku cuma nak rasa macam yang orang lain rasa.Aku tengok mereka bahagia,seronok dengan pasangan mereka,"luah Airin perlahan."Rin, jalan untuk dapatkan bahagia bukan dengan cara macam tu. Rin lihat di sekeliling Rin.Mereka yang berpasangan tanpa ikatan yang sah,kebahagiaan yang Rin lihat itu hanyalah palsu.Macam mana boleh kita katakan bahagia dengan melanggar apa yang sudah Allah larang.Couple sebelum nikah itu bukan apa yang dianjurkan Islam Rin.Jadi bagaimana perkara yang tidak dianjurkan dalam agama dan terlarang itu boleh membawa bahagia?Berpegangan tangan, keluar berdua-duaan...Itu tak betul Rin.Bahagia hanya boleh dimiliki jika Allah redha dengan apa yang kita lakukan Rin.Bohonglah jika Lia katakan Lia tidak teringin untuk berpasangan,namun sebaiknya biarlah ikatan yang sah menjadi pengikat dua hati.Itu akan lebih membawa hati menjadi damai dan bahagia".Naylia memandang Airin lembut.Airin mengangguk."Terima kasih Lia,"ucap Airin tulus."Sama-sama sayang.So,sekarang,berhenti semakkan fikiran,mari kita sama-sama persiapkan diri untuk menjadi solehah.InsyaAllah, dia juga tengah mempersiapkan dirinya untuk sama-sama berpimpinan menuju redha Allah".


senyum :)
NM

Tuesday, 28 January 2014

kek batik crunchy

ohhooii.lame sudah tidak menulis. bukan malas tapi tiada ungkapan tepat untuk diatur menjadi bait2 perkataan..smile :)

well,anda lihat tajuknya bukan. sekarang aku sudah jatuh cinta pada dunia masakan.tapi kalau dikenang kembali,pernah aku cakap pada umi yg aku tidak punya bakat memasak.wahh,ungkapan itu sudah kutelan namun lucu juga apabila melihat keadaan hari ini.aku sudah punya bakat memasak.haha.rasa terpukul dengan ungkapan sendiri.thats why sebelum berkata2,fikir dahulu ya.hhihi.

one of the most easy cake to make ialah kek batik.no need to bake.tidak perlu pada bahan2 yg sukar dan tidak perlu pada cara yang payah.it was so simple.but, pada yang baru mencuba,jgn sedih kalau percubaan anda tidak menjadi as what u're expected.why do i say so..aku dah pernah alami.huu,sedih.tapi kata orang,kegagalan adalah pemangkin kepada kejayaan.gagal sekali bukan bererti gagal berkali2..kan?

semalam aku godek2 resepi.i've searched a lot.comparing this recipe,that recipe.mencari dan melakukan analisis.dah macam nak buat kajian pasaran semasa.haha..then,aku catat bahan2 yang aku jumpa.(tq pada blog2 resepi yg aku jumpa di internet)..maka dengan ini, bermulalah sebuah pengembaraan di alam masakan.heee..n this is the result--->lihat di bawah.



u see,comel kan.hehe (puji diri sendiri)

okay untuk bahan2,don't worry,sangat simple dan xperlu keluar belanja yg banyak pun.

-serbuk koko
-milo (aku letak sikit je,1 sachet milo segera tu)
-susu pekat (suku tin je aku letak.kalau nak buat banyak boleh letak banyak)
-butter/marjerin 
-biskut cracker Hup Seng yang dipatah-patahkan (masa ni xde biskut marie jadi aku guna je apa yg ade.lagipun guna biskut cracker buatkan ia jadi crunchy x macam biskut marie)
-tepung gandum (aku guna sedikit dalam setengah cawan) *optional*

cara membuatnya pun senang.nih,lihat sini.

-mula2 letak periuk atau apa2 bekas utk memasak atas dapur gas,bukak api kecil.
-masukkan marjerin,kacau bagi cair.
-masukkan pula susu pekat,kacau lagi.
-kemudian masukkan milo n serbuk koko and then masukkan tepung gandum.
-kacau lagi bagi sebati semuanya.
-tutup api n masukkan biskut cracker lps tu tuang dlm bekas..mampatkan adunan dengan menekan-nekannya.atau boleh juga buat susunan biskut dan adunan coklat di dalam bekas  utk bagi dia nampak lebih cantik..
-dah selesai...biarkan sejuk dahulu sebelum memasukkannya ke dalam peti sejuk.tunggu beberapa jam sebelum anda memakannya.

selamat mencuba. ^_^
from me,
.nabilauyung.

Monday, 13 January 2014

Sollu 'ala nabi..

Salam Maulidur Rasul..

Tokoh teragung,
Junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Marilah sama-sama berselawat kepada Rasulullah s.a.w.
"Allahumma Solli 'ala Sayyidina Muhammad."


Friday, 10 January 2014

si itik

mana perginya itik-itik yang dulunya sibuk berkejaran ke sana sini..
membawa anak-anak itik kuning yang tergedek-gedek mengikut si ibu itik.
berbunyi dengan bunyi comel yang membingitkan telinga..pakk.pakkk...pakkkk
ohhoiii,lama sudah tidak bertemu si itik.


Monday, 28 October 2013

cuit-cuit sayang

hoihh..aku menampar belakang rina yang tengah makan dengan lahapnya."tak senonoh",ucapku menjuihkan bibir..huhh.."erkkkk,tercekik aku samdoll",marah rina.bebelannya tidakku hiraukan.membebel mengalahkan murai tercabut ekor, namun ayam kfc tetap setia masuk ke dalam mulutnya.aku pun hairan macam mana dia boleh membebel dan makan dalam satu masa..*garu kepala*..
"dah la kau.makan comot mengalahkan baby baru lahir.lap tu mulut kau".Prihatin aku menghulurkan tisu.
Rina menurut.baru aku hendak berkalih dari kerusi,badanku terasa terlanggar sesuatu.sejuk-sejuk lengan ini terasa.ahhh,demm..air mountain dew mengalir dari tudung ke lengan bajuku.sah,aku bermandikan air mountain dew.terasa nak menyinga.seriously.tapi apalah daya,kesabaran itu sentiasa ada mengalahkan kemarahan aku."salah aku juga",hatiku berbisik.memujuk lembut.
"errr,maafkan saya cik",kulihat muka bersalah seorang jejaka.
rina menjadi pemerhati bisu.masih tergamam barangkali dengan kejadian yang tidak diduga ini.tapi dalam tergamam itu,tangannya masih sempat lagi mencubit isi ayam kfc yang terletak di depannya sambil wajahnya berpaling dan matanya melihat aku dan jejaka itu tanpa berkelip."siot",ucap hati jujurku tertuju kepada rina.
"err,cik..macam mana?saya betul-betul mintak maaf.saya tak perasan tadi".dia masih dengan muka  bersalahnya.aku berlalu tanpa reaksi ke paip air.sempat aku mendengar rina mempelawa jejaka itu duduk semeja dengan kami"."double siot",masih lagi tertuju kepada rina.

di meja,aku sudah tidak selesa duduk.hendak balik,rina menahanku mengatakan snack plate kfcnya belum habis lagi.apa yang aku lihat, dia begitu seronok berbual dengan jejaka tadi seolah-olah aku ini tiada apa-apa.tidak lencun baju dan tudung sedangkan hakikat adalah sebaliknya.aku lencun.yess.tudung basah,baju basah walaupun hanya sebelah kanan.jejaka itu curi-curi memandangku.masih takut-takut.mungkin masih dihantui rasa bersalah."tak pe",jawabku tadi.namun nyata jawapanku tadi masih tidak menghilangkan rasa bersalah dia."rina,aku nak balik",ujarku lembut.aku tahu si dia mendengar.kerlingan matanya yang sesekali itu kerapkali bertembung dengan anak mataku.rina sudah hampir selesai namun si jejaka itu menghabiskan snack platenya terlebih dahulu."erkk,jap ye..saya nak bagi sesuatu.kejap je.kamu tunggu ye".dia menghilang.

"dahlahhh..apa lagi ni rina?".aku menarik tangannya.meminta untuk pulang sekarang.
"Kejaplah.kau dengar apa dia cakap tadi kan.dia suruh tunggu sekejap.jap lah.nanti kita baliklah."Rina memujukku supaya menunggu.
aku mengdongkol marah.masam.
"hah,tu dia.kan aku dah cakap".rina melambai-lambaikan tangannya kepada jejaka tadi.
si jejaka yang melihat menghampiri."nah,untuk kamu sebagai tanda maaf saya sebab dah basahkan baju dan tudung kamu".
dia mengunjukkan dua shopping bag kepadaku.aku teragak.mulut masih terkunci.
melihatkan aku yang masih tiada respon,rina mengambilnya dan mengucapkan terima kasih.sambil itu,aku sudah memulakan langkah.malas mahu mengambil pusing tentang rina dan jejaka itu lagi.yang aku tahu sekarang ini aku mahu pulang dan mandi.rina berlama-lama di belakang.entah apa lagi urusan yang dibuatnya dengan jejaka itu.sekali lagi aku bilang,aku malas mahu mengambil tahu.

sampai di rumah,rina mengambil tangan kananku dan meletakkan shopping bag tadi di jariku.kemudian menonong aku masuk ke dalam bilik.shopping bag tadi aku campak ke atas katil dan segera mencapai tuala yang trsangkut.usai mandi dan solat zohor,rina mendekatiku,melabuhkan punggungnya di atas katil dan mengatakan yang jejaka tadi berminat untuk mengenali diri aku.perghh.aku mencemik."not interested,"balasku."sombong",balas rina pula.aku membuka telekung solat dan menolak rina keluar dari bilik comelku."suka hati aku lah..dah,dahh..keluar.aku nak tidur,"ujarku sambil membuat muka tidak suka.rina hanya tersenyum.hatiku mengatakan yang dia mempunyai perancangan.sengihnya lain macam.tutup sahaja pintu,handphoneku berbunyi menandakan mesej baru masuk."jaga2",itu pesanan mesej yang baru ku terima daripada rina di bilik sebelah.