Tuesday, 28 January 2014

kek batik crunchy

ohhooii.lame sudah tidak menulis. bukan malas tapi tiada ungkapan tepat untuk diatur menjadi bait2 perkataan..smile :)

well,anda lihat tajuknya bukan. sekarang aku sudah jatuh cinta pada dunia masakan.tapi kalau dikenang kembali,pernah aku cakap pada umi yg aku tidak punya bakat memasak.wahh,ungkapan itu sudah kutelan namun lucu juga apabila melihat keadaan hari ini.aku sudah punya bakat memasak.haha.rasa terpukul dengan ungkapan sendiri.thats why sebelum berkata2,fikir dahulu ya.hhihi.

one of the most easy cake to make ialah kek batik.no need to bake.tidak perlu pada bahan2 yg sukar dan tidak perlu pada cara yang payah.it was so simple.but, pada yang baru mencuba,jgn sedih kalau percubaan anda tidak menjadi as what u're expected.why do i say so..aku dah pernah alami.huu,sedih.tapi kata orang,kegagalan adalah pemangkin kepada kejayaan.gagal sekali bukan bererti gagal berkali2..kan?

semalam aku godek2 resepi.i've searched a lot.comparing this recipe,that recipe.mencari dan melakukan analisis.dah macam nak buat kajian pasaran semasa.haha..then,aku catat bahan2 yang aku jumpa.(tq pada blog2 resepi yg aku jumpa di internet)..maka dengan ini, bermulalah sebuah pengembaraan di alam masakan.heee..n this is the result--->lihat di bawah.



u see,comel kan.hehe (puji diri sendiri)

okay untuk bahan2,don't worry,sangat simple dan xperlu keluar belanja yg banyak pun.

-serbuk koko
-milo (aku letak sikit je,1 sachet milo segera tu)
-susu pekat (suku tin je aku letak.kalau nak buat banyak boleh letak banyak)
-butter/marjerin 
-biskut cracker Hup Seng yang dipatah-patahkan (masa ni xde biskut marie jadi aku guna je apa yg ade.lagipun guna biskut cracker buatkan ia jadi crunchy x macam biskut marie)
-tepung gandum (aku guna sedikit dalam setengah cawan) *optional*

cara membuatnya pun senang.nih,lihat sini.

-mula2 letak periuk atau apa2 bekas utk memasak atas dapur gas,bukak api kecil.
-masukkan marjerin,kacau bagi cair.
-masukkan pula susu pekat,kacau lagi.
-kemudian masukkan milo n serbuk koko and then masukkan tepung gandum.
-kacau lagi bagi sebati semuanya.
-tutup api n masukkan biskut cracker lps tu tuang dlm bekas..mampatkan adunan dengan menekan-nekannya.atau boleh juga buat susunan biskut dan adunan coklat di dalam bekas  utk bagi dia nampak lebih cantik..
-dah selesai...biarkan sejuk dahulu sebelum memasukkannya ke dalam peti sejuk.tunggu beberapa jam sebelum anda memakannya.

selamat mencuba. ^_^
from me,
.nabilauyung.

No comments:

Post a Comment