Thursday, 11 August 2016

hi again.

lama tak menulis di sini.
serius, sangat lama tak menjengah.
hi again, my dear bloggie.

aku jadi teringat.
teringat pada kenangan dan orang-orang yang pernah singgah dalam memori aku.
rindunya ya Allah, pada kenangan, pada orang-orangnya. aku pernah baca quote yg berbunyi "sometimes u just miss the memories not the person", lebih kurang macam tu lah kot. lupa dah aku.
Tapi bagi aku, NO!
i miss both. the memories and the person also. yes.
kau tahu, rasa rindu tu sangat menyakitkan, lagi-lagi jika merindui mereka yang telah tiada. bertemankan memori itulah mereka sentiasa hidup dalam hati dan fikiran kita. Al-Fatihah untuk almarhumah Mahani, sahabat satu course dan satu blok, satu aras semasa kami di UKM.

dalam duk melalui kehidupan yang terpisah, memori tu kerap jua bertandang. lagi-lagi bila melihat foto-foto lama. gembira dan sebak, dua-dua perasaan tu datang sekali. tapi yelah, masa lalu adalah perkara yang paling jauh sekali dari kita. jadi, hargailah. masa sekarang. masa yang tengah dan sedang kau lalui. 

ini kisah aku dan housemates aku semasa tahun 3 di UKM. kami berempat dapat duk sekali dalam sebuah bilik/rumah kecik yang dipanggil pangsarama. aku, ajim, ajid dan husna. ajim sebilik ngan ajid dan aku sebilik ngan husna. kami bertiga agak nakal, tapi nakal yg comel. and husna plak jenis sopan, lemah lembut, baik. no, no. bukan nak kata kami bertiga ni x baik, but ada sedikit nakalnya dan agak ganas. hihi. kami selalu masak sama-sama. kami bertiga boleh bertahan dengan pedas tapi tidak bagi husna. pernah satu hari, aku masak mee rebus (opkos style terengganu), aku letak byk lada hitam and cili. pedas boleh tahan tapi kami bertiga memang suka. so, okay je. and husna lak, makan sampai berair mata macam orang menangis, sebab tak tahan pedas. bila diingatkan balik, Allahu, kesiannya. rasa macam bersalah pulak. kesian husna. bila dah berlalu, kisah-kisah gini la jadi peneman bila teringatkan sahabat-sahabat, kawan-kawan yang kejauhan. rindu. Sungguh aku rindu.

1 comment: