Sunday, 22 June 2014

blind u-turn 2

"kau kalau sehari tak kacau aku tak boleh ke?semaklah aku dengan kau ni". Rengus Adilla geram dengan sikap bengong Zarill. Kehidupan di pejabatnya tak aman kalau mamat cikeding ni ada. "Elleh cik bun,biarlah. bukan sakit pun setakat aku sakat kau macam ni," ujar Zarill mencebik. "Emo lebih, wekkk,"tambahnya lagi lantas ingin berlalu ke pantry. Adilla yang bengang bertambah bengang. "Aku sakit hatilah dengan kau cikeding," ujarnya kuat lantas terus dicapainya teddy bear kecil di atas mejanya dan dilemparkan ke arah Zarill. Namun, lain sasaran yang cuba ditembak lain pula yang mengena. "Opocott monyet terbang,"kedengaran suara melatah. "Erkk, bos.. Maaf," Adilla terasa bersalah. Zarill yang dimarah, bosnya pula yang terkena tempiasnya. "Hmm, menatang apa pulak yang awak baling kat saya ni Dilla," ujar Encik Izmir serius sambil tunduk mengambil teddy bear yang melayang tadi. Adilla terkejut  namun dalam masa yang sama geli juga hatinya apabila mendengar En.Izmir melatah. "Cikeding tu buat hal bos. Tu yang melayang bear tu tadi..,"ujar Adilla menerangkan keadaan. "Tapi.. erkkk,bos..bos melatah ke tadi?,"takut-takut dia bertanya. Izmir memandang sekeliling. "Fuhh,"tangannya ditekapkan ke dada sambil mengeluh lega."Takde orang..selamat,"gumam Izmir perlahan. Dengan nada yang berbisik dia berkata kepada Adilla, "Jangan bagitahu orang awak dengar saya melatah tadi tau. Rahsia." Adilla buat muka blurr tayang kepada bosnya. "Perlu ke bos?"tanyanya. "Syhhh. Ni rahsia besar kita,okay."Izmir ingin berlalu. "Tak perlu buat muka blurr macam tu. tak cute.haha"Izmir ketawa sambil jari telunjuknya cuba untuk mencuit hidung Adilla. Adilla mengelak. "Aishh, apa ni bos. Haram sentuh bukan mahram tau. Ish..ishh..ishh,"ujar Adilla memasamkan roman mukanya.Izmir tergelak. "sorry,"ucapnya dan berlalu pergi.
"Ha, seronoklah tu bercengkerama dengan bos sendiri,"sindir Zarill sinis. Adilla mencemik. Tak kuasa nak melayan drama si cikeding. "oii bun. Ingat sikit, kau tu dah bertunang. Aku repot kat tunang kau kan,"Zaril bersuara mengugut. Adilla tersentak. Apa taknya, dia sendiri tak kenal tunangnya jadi takkanlah cikeding ni kenal tunang dia pulak. "Kau kalau bab kelentong orang memang juara eh keding,"balas Adilla. Zarill menggaru-garu kepalanya yang tak gatal. "Haa,main garu-garu kepala pulak dekat aku. Banyak kutu lah tu. Dah lah kau. Pergi balik kat ofis kau tu. Sibuk nak merayap je kerjanya. Shuhh..Shuhh,"Adilla berpura menghalau. Sempat dihadiahkan jelingan maut untuk si keding yang suka mengacau hidupnya. Zaril menjelir lidah."Bye buntal."Sempat dia mengata.

"Liz, esok weekend kan,"tanya Adilla memandang Aliza dengan wajah berkerut,dihiasi dengan spek hello kitty pada wajahnya dengan rambut yang bertocang dua,sambil kedua-dua tangan menopang dagunya.
"Haa. Kenapa? Dah nyanyuk hari ke?"balas Aliza acuh tak acuh. "Ala, bosanlah cakap dengan kau."Adilla mencebik. Persis anak manja yang inginkan perhatian. "Dah tu kenapa Cik Adilla sayang intan payung?" Aliza cuba untuk melayan sedang matanya tengah khusyuk melayan cerita Tuan Rumah dan Pembantu Rumah, gandingan pelakon Zoey dan Nad Zainal. "Jom pi jalan-jalan Midvalley esok."ajak Adilla dengan mata yang bercahaya. "Haihh, sibuk la kau ni. Duk kat rumah dah lah. Nak kena bersesak-sesak lagi kat jalan raya tu. Malaslah aku,"ujar Aliza cepat membuat keputusan. Baginya lebih nikmat hari minggu digunakan untuk bersenang-senang dan bersantai di rumah. "Arghhh,malas la cakap dengan kau,"rajuk Adilla lantas bergerak menghentakkan kaki berjalan menuju ke biliknya. "malas cakap sudah,"tukas Aliza pula tanpa lekang matanya menghadap televisyen.
Beepp..beepp..
1 message received.
Peti simpanan mesej dibuka.
from:cikeding
"Bun, jom keluar esok. Teman aku shopping."
Adilla hairan. Cikeding tersalah barangkali. Ada ke diajaknya aku keluar sedangkan kebiasaan kalau bertemu ada saja yang ingin digaduhkan.
"Kau mengigau ke keding??"
Sent.
beepp.. beepp..
Mesej baru masuk lagi ke peti simpanan mesej Adilla.
"Aku seriuslah."
Adilla menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik.
"malaslah keluar dengan kau keding."
"Ala,jomlah bun. Pleaseeeee..."
"Buang tebiat ke kau ni keding."
"Ala,bun. pleasee..."
"Aku kata taknak, mean taknaklah."
"Pleaseeeee."
"Zarill Ilham. I said noooooo. Titik."
Sent.
Senyap. Tiada lagi balasan mesej.

Nun di sana Zarill tersenyum.



nabilauyung

No comments:

Post a Comment