Saturday, 5 July 2014

si comel part 1

Hari mendung,langit bertukar menjadi hitam.Ermm,aku melihat lontaran imej yang menghiasi cermin.”Wajah akukah itu??eeii,buruk bebenor”.Kepalaku digeleng.Kemudian ketawa lepas seorang diri.Rasa macam dah jadi orang psiko pulak pepetang hari ni.
“Mek Mun..ooooo mek mun”.Keras gegendang aku ditampar dengan suara yang sumbang itu.”Huh”,rengusku kuat.aku menjenguk ke luar tingkap.
+Nak apa?tanyaku agak kasar.
+err,takde pape.

Si panjang Hafiy membuka langkah seribu.Aku pening dengan sikap entah apa-apa si Hafiy.Panggil nama aku bukan main hodoh bunyinya.nak marah,ahh,sudah banyak kali aku memarahinya.rasanya sudah berbakul kemarahan aku timpakan kepadanya.namun dia masih begitu.datang ke rumah memanggil nama mek mun dengan berani,kemudian tergagap-gagap bersuara.Lalu berlari pergi persis dikejar jembalang tanah.”eh,apa mungkin akulah jembalang tanah itu?Kalau ya,maka memang patutlah dia lari..Huahuahua”,monolog aku seraya tersenyum.

Ok,itu cerita semasa aku berumur 16 tahun.sekarang sudah 8 tahun ia berlalu.entah di mana Hafiy sekarang aku pun tak tahu.well,why should I care.right?hehe.Sekarang aku dah kerja tau.Kerja kat syarikat kawan aku as his secretary.lucu bila mengenangkan aku budak jurusan sastera Sejarah boleh terinvolve sebagai secretary.Bos aku merangkap kawan aku ni pulak dulu daripada jurusan perniagaan.memang sesuai bebenor dengan kerja dia sekarang.aku kenal dia pun secara tak sengaja dekat university dulu.aishhhh,macam mane aku boleh kenal bos aku tu ye?jap,aku nak pikir sat.memori aku sekarang dah berbalam-balam.mungkin sebab dah tua kot..hahahaha.

Hmm,seingat aku,dia yang tolong aku bila monyet-monyet yang terdapat di ukm tu menyerang aku kerana berebutkan plastik merah yang mengandungi kuih pau tiga biji.heh,berbulu betul aku dengan monyet-monyet tu. Suatu hari, aku tengah jalan-jalan sendirian sambil membawa plastic merah apabila tiba-tiba datang seekor monyet menarik plastic kat tangan aku.di situlah berlakunya tragedy tarik menarik plastic yang akhirnya dimenangi oleh monyet tersebut.hah, macam mana aku boleh kenal dengan bos aku tu?mesti korang tertanya-tanya kan?yelah kan..sebab aku cakap insiden tu yang menemukan aku dengan dia padahal tiada pun kisah dia sepanjang aku duk main tarik-tarik dengan monyet tadi kan. haaa,kalau korang nak tahu.ade je aihh dia tu.dia duk seberang jalan sambil pegang perut ketawa pecah bagai nak rak.harap tak terguling-guling je kat situ sebab ketawakan aku.hangin wooo.hangin.orang tengah bengang dia ketawa tak ingat dunia plak.marah aku dah beralih kat dia.monyet tu aku dah maafkan..tapi mamat ni,huh..never.
Panjang langkah aku pergi cuba disaingi si mamat hitam ni.geram betul aku.mamat hitam.panggilan aku untuk dia.dia kejar aku pun bukan sebab nak minta maaf ke apa,tapi sebab nak tengok wajah cemberut aku sambil gelakkan aku.gelak,gelak dan gelak.”pappp,”aku libas beg sandang aku kat muka dia.senget kejap muka dia.sekarang aku yang gelak dia pulakyang cemberut.fair and square.hahahahahahaha..aku lari macam tak cukup tanah lepas tu.

Aishh,dahlah tu mengimbau kenangan,aku sekarang di pejabat.terpandang si Rayyan yang baru melangkah masuk.si Rayyan ni lah budak hitam yang aku cerita tadi tu.melihat dia,aku senyum.mestilah kan.dia kan bos aku,walaupun memang perangai dia tak semengah mana dan selalu buat aku sakit hati tapi hormat aku kepada dia sebagai bos masih ada.well,aku kan pekerja baik,kehkehkeh…perasan kejap.and here he is, berhenti di depan ruangan kerja aku sambil berkata”hai, si pendek”. dia ketawa.see,I told you he’s annoying.arghh,pedulikan.

+marah nampak. Si Rayyan menegur.
senyap.
+hmmm,pendek.
senyap lagi.
+pendek…..
+apa??
+maaf.
+maaf…maaf.tapi buat jugak.
+hehehe.
+blahla..
+amboii,halau bos nampak.yelah,yelah..nanti lunch sama ye.
+hmmm,tengoklah kalau ada mood.
Aku buat muka toya. Langsung tak berminat nak lunch sama si hitam Rayyan ni.


“Dek, jom keluar lunch”. Ajak Rayyan lebih kepada arahan.
“Malaslah..”,balasku kurang berminat.
“Jomlah, aku belanja ni.”Rayyan cuba mengumpan.
Aku tekup mukaku dengan kedua-dua belah tangan.Kemudian menyembamkan muka pada meja.
“Dek, kenapa ni?Jomlah teman aku lunch. Kau kan bff aku. Sampai hati kau”.Rayyan buat muka sedih.
“Jomlah..”, ujar Rayyan lagi. Mendesak sambil cuba menarik tangan aku. Drastik aku berdiri, menyembunyikan tangan ke belakang. “Tak tau hukum hakam ke?”,sinis aku menyembur. Rayyan berubah wajah. Muram lantas meninggalkan aku.  Dan aku, tersenyum sinis sendirian.
“Lin, jom keluar lunch”,sapa Zila pula mengajak. Entah bila masa dia berada di sebelah aku. Aku termangu. Berkira-kira mahu mengikut atau tidak. “Jomlah”. Akhirnya aku mengalah. Berjalan beriringan menuju ke restoran di hadapan tempat kerjaku. Erkk, si Rayyan pun ada sama rupanya di restoran tu. Rayyan memandang aku tajam. Geram barangkali.Tak sangka pula si Zila ajak aku makan kat tempat si Rayyan ni lunch. Jenuh aku nak melarikan wajah dari memandang mata Rayyan yang tajam seakan memberi isyarat maut tu. Sudahnya aku buat muka selamba, makan tanpa menghiraukan si hitam yang tampaknya seperti sudah merajuk.





 Love,
NM

p/s:suka buat cite sekerat-sekerat. adehh,malas nak menulis. tesis aku x siap lg nih.hua3

No comments:

Post a Comment