"hoi dilla. Minggu ni kau balik kampung tak"? Liza yang merupakan housemate Adilla bertanya. Mulutnya disumbat dengan cikedis. Bersembur-sembur cikedis yang dimakannya apabila soalan itu ditanyakan ketika mulutnya penuh. "eeii, tak senonoh. makan la habis dulu. ini tak. tanya sambil tersembur-sembur. Najis tau tak". Adilla mengibas-ngibas bajunya yang terkena cikedis. "Kurang asam kau Liz. Abis air liur kau tersembur sekali". Aliza mengekeh ketawa.Kelakar baginya.Kemudian dia bertanya lagi, "Hah, balik tak"? Kali ini lebih elok kerana tiada lagi semburan free diberikan kepada Adilla. "Baliklah. Kenapa? kau nak ikut ke?" Adilla khusyuk melayan novel yang baru dibelinya minggu lepas. "Hmm, macam nak. tapi boleh ke"? "Haii laaa anak bandar ni. Banyak cekadak betul. Time aku bace novel ni lah kau kacau aku ye", ujar Adilla berpura-pura bengang. Ditutup novelnya seketika. "Boleh la sayang. Bukan senang anak bandar manja ni nak ikut aku balik kampung. Tapi musykil gak aku. Kenapa tiba-tiba je ni?" tanya Adilla. Aliza senyum. "Saja..." simple jawapan yang diberi Aliza.
"hoii badak. Tolong fotostatkan ni untuk aku. Nanti bos nak. Aku banyak kerja ni", sergah Zarill kasar. Diunjuk kertas kerja yang perlu difotostatkan. Adilla merengus. Asyik dia yang dikerah. Mentang-mentanglah Zarill senior manakala dia pula junior di syarikat itu. "Apalagi tu buntal. Termenung aje. Aku nak cepat ni. Dah pergi cepat?" Sergahan lebih kuat daripada Zarill membuatkan Adilla mengurut dada. Terkejut dibuatnya. Officemates yang lain ketawa. Selalu benar adegan sebegitu berlaku di antara Zarill dan Adilla. Mereka yang lain pun tak faham kenapa. Adilla tidaklah terlalu gemuk. Hanya sedikit chubby. Mungkin ketinggiannya yang tak berapa nak tinggi membuatkan dia nampak montel. "Tapi comel apa aku ni",sempat Adilla bermonolog. Membanggakan diri sendiri membuatkan dia tersengih sendiri.Hihihi.. "Yelahh.. yelahh..",ujarnya malas. Sibuk aje nak menyuruh aku padahal pembantunya dah ada. "Hishh, geram betul aku dengan cikeding ni",ujarnya merungut. Zarill sudah berlalu ke ruang kerjanya. Tak lama selepas itu Adilla membawa kertas-kertas yang difotostatnya ke ruangan Zarill. Tokk.. tokk.. Usai mengetuk dia terus masuk. "Nah, cikeding. Kertas kau. Lain kali suruhlah pembantu kau yang buat. Yang kau sibuk nak suruh aku tu kenapa? Aku under Encik Irfan tau, bukannya bawah kau".Zarill mendengus. "Ellehh badak ni. Suruh buat kerja sikit pun merungut. Blah la kau", tukas Zarill kasar. "Eh.. ehh, aku tolong fotostatkan pun dah cukup baik. Ni terima kasih pun tak. Cett, dasar cikeding tak mengenang budi". Adilla panas. Cepat-cepat dia keluar dari situ sebelum amarahnya membuak.
"Dah sampai. Jom keluar",Adilla mematikan enjin kereta, kemudian membuka tali pinggang keledar. Tidak sempat dia membuka pintu kereta, tiba-tiba ianya dibuka dari luar. Ayah sudah terpacak menanti dengan senyuman. "Ayah", laungnya kuat meski ayah hanya beberapa langkah jauhnya daripada dia. Adilla menyalami tangan tua ayah. "Rindunya kat ayah",sambungnya lagi sambil memeluk Pak Hassan. "Assalamualaikum pakcik", tutur Aliza sopan. Badannya ditundukkan sedikit sebagai tanda hormat. Pak Hassan menyambut dengan senyuman. "Waalaikumussalam,ni mesti Liza kan? Adi banyak mengumpat pasal kamu dekat pakcik", ujar Pak Hassan selamba. Kemudian terbit ketawa daripada Pak Hassan. Aliza memandang Adilla tajam manakala Adilla cepat-cepat melarikan diri takut diamuk Aliza. "Jom Liza. Naik atas. Umi dah tunggu kamu. Mesti lapar kan?"Pak Hassan membawanya naik ke rumah. Adilla pula sudah terlebih dahulu di atas. "Ya Allah, anak bertuah ni.. Ditinggalnya kawan dia sorang-sorang kat bawah tu. Dia pulak sedap melantak". Umi dan ayah menggeleng-gelengkan kepala. Adilla tersengih. Perutnya yang lapar dan penangan renungan tajam daripada Aliza tadi membuatkan dia meninggalkan Aliza di bawah. "hehehe.. tak sengaja umi", Adilla tersengih. "Jom Liza, duduk makan",suruh umi sambil menghulurkan pinggan yang berisi nasi kepada Aliza. "Terima kasih umi",ujar Aliza dengan senyuman manis. Apabila pandangannya menghala ke arah Adilla, dia memberi isyarat pancung. Adilla tersengih. Tangan diangkat tanda meminta maaf.
"Assalamualaikum". Terdengar riuh suara di luar. Ramai. Adilla bingung. "Dah kenapa ramai-ramai datang ni?macam rombongan meminang aje. tapi takkanlah nak mai pinang orang kat umah ni kot? Addina baru tingkatan empat, kalau Aidil takkanlah. Dia kan lelaki. Aishh, pening aku. Sesat kot", gumam Adilla membuat perkiraan. Umi menepuk dahi Adilla yang terpacak kebingungan. Pak Hassan ketawa. Orang ramai masih setia menanti tuan rumah menjemput mereka naik. "Adilla pergi siap-siap. Ni ramai nak jumpa Adi ni. Cepat", arah umi sambil menggamit Aliza supaya menarik tangan Adilla masuk ke dalam untuk bersiap.
Adilla senyum dalam terpaksa. Kata putus sudah diikat. Ayah dan umi tersenyum sampai ke telinga. Bakal dapat menantu lah katakan. Rasanya macam mimpi. Balik ke rumah macam biasa. Ayah dan umi pun berlagak macam biasa. Takde angin takde ribut sekarang dia sah menjadi tunangan orang. Masalahnya tunangnya pun Adilla tak kenal. "Aduhaii, apalah nasibku.. Huhuhu".Adilla membuat muka sedih. Aliza menampar lengannya. "Dah la kau. Sedih konon. Orang bertunang gembira, kau sedih plak. piirahhh", tempelak Aliza sambil sengih. Dari sepanjang berlangsungnya majlis Adilla, dia hanya tersenyum, kadang-kadang tersengih. Geram pulak Adilla melihatnya. "Sedihla. Kau apa tahu. takde ribut,takde puting beliung, tupp,tupp aku dah jadi tunang orang. Siapa dia pun aku tak kenal. Nak surprise kononnya. Jumpa nanti aku bagi tumbukan padu baru padan muka. Ade jugak jenis tak bagitahu nama. Just bagitau nama manja Am. Pengetahuan am aku tahulah. adehh. Pening aku", luah Adilla geram. Sudahnya dia diam. Malas nak fikir.
"Wehh buntal. Kau tak cukup makan ke? makin kurus aku tengok kau ni?",Zarill tiba-tiba datang menempel di meja Adilla. Adilla membuat muka. Malas mahu melayan. "Buntal, kau dengan tak aku cakap ni"?, Zaril geram. Adilla buat endah tak endah dengannya. Kemudian dia melihat cincin tersarung manis di jari manis tangan kiri Adilla. Dalam diam senyuman sinis terukir. "Kau dah bertunang ke bun?", tanya Zarill. Sebelum Adilla menjawab Zaril menyambung lagi "Ada jugak orang nak kat kau ye bun?", sinis pertanyaan Zarill. Adilla geram. "Sibuklah kau ni cikeding. Lantak aku lah nak bertunang ke kahwin ke. Kau peduli apa?",marah Adilla. Beratnya sudah agak berkurang dan dia akui itu. Mungkin ini penangan menjadi tunangan orang. "Aku tanya aje. Emo lebih la ko ni buntal", dengus Zarill pantas berlalu. Dalam diam dia menjeling ke arah cincin Adilla.
~
sambungan..hehe ^_^
ReplyDeleteyung dah update.. hiii. :)
Deletehehe..^_^
Delete