Haiii... lama menyepi dari dunia blogging. I'm back. Yuhhuuuu, and it's November already. Musim tengkujuh sudah tiba. Budak-budak seronok bermain air tambahan pula cuti sekolah sudah mula melabuhkan tirainya. Sejuk-sejuk begini membuatkan ramai yang cepat berasa lapar kan? Menu yang paling popular di musim hujan agak-agaknya ape ye...
Ubi kayu rebus cicah kelapa parut.
Yess, semestinya. Memang syok dapat makan ubi kayu rebus + kelapa pada musim hujan macam ni .Bagi kami yang duduk di kampunglah. Orang bandar tak tahulah pulak. Selain tu, apa lagi yang sedap ye? Hmmm..
Apam beras gandum? Yaa, memang sedap. Tambah lagi cicah dengan kelapa parut juga. Kami kat sini panggil kelapa yang dibuat cicah dengan ubi atau apam tu "nyor kulit hidup". Bukan yang tua atau yang muda tapi yang dipertengahan antara keduanya. Boleh juga cakap ianya sudah menghampiri tua. Keh3..
Nahhh, enough babbling. Jom usha resepi untuk buat apam beras gandum ni. So simple tau. Tak perlu bahan yang banyak and ianya sangat sedap. Serius.. Hehe..
Bahan-bahan A:
-Sepaket yis
-gula 1 sudu
-Air suam
=Air suam suku cawan, masukkan gula and then yis. Kacau pastu biarkan ia kembang berbuih-buih sampai naik atas cawan.
Bahan-bahan B:
-Tepung gandum (2 cawan)
-Tepung beras (suku cawan)
-Gula (3 sudu.. depends. kalau suka manis blh letak banyak)
-Air suam (1 cawan or depends on situation. Tak cukup blh tambah air lagi utk bg adunan sebati. Make sure ia tak pekat tp x cair sangat ok.)
Cara-caranya:
-Dalam bekas, masukkan tepung gandum, tepung beras dan gula.
-Kemudian masukkan bahan B yang telah kembang berbuih2 itu ke dalam bekas yang mengandungi tepung gandum, tepung beras dan gula itu tadi. kacau utk sebatikan.
-Setelah itu, masukkan pula air suam utk bagi adunan sebati namun pastikan ia tidak terlalu pekat mahupun terlalu cair.
-Kacau semuanya sebati. Rehatkan adunan sebentar (10 min).
-Sementara itu, panaskan pengukus.
-Next, masukkan adunan ke dalam loyang dan kukuskan ia dalam 30 min atau sehingga ia masak. (utk pastikan ia masak, cucuk dengan lidi. Jika adunan x melekat pada lidi, ianya dah masak).
-Sejukkan kemudian potong.
Apam ni sedap bila dicicah dengan kelapa parut.
Namun, kalau takde kelapa pun sedap jugak makan macam tu je. Or kalau ade yang kreatif boleh try cicah dengan ganache coklat kot. Heh.
(Resepi asal credit to page Resepi Pelbagai Jenis Kek on facebook)
Cuma saya telah olahnya dengan menukarkan kepada penggunaan cawan untuk memudahkan membuatnya.
Happy trying ^_^
Love,
NM