Hari mendung,langit bertukar menjadi hitam.Ermm,aku melihat
lontaran imej yang menghiasi cermin.”Wajah akukah itu??eeii,buruk
bebenor”.Kepalaku digeleng.Kemudian ketawa lepas seorang diri.Rasa macam dah
jadi orang psiko pulak pepetang hari ni.
“Mek Mun..ooooo mek mun”.Keras gegendang aku ditampar dengan suara yang sumbang itu.”Huh”,rengusku kuat.aku menjenguk ke luar tingkap.
“Mek Mun..ooooo mek mun”.Keras gegendang aku ditampar dengan suara yang sumbang itu.”Huh”,rengusku kuat.aku menjenguk ke luar tingkap.
+Nak
apa?tanyaku agak kasar.
+err,takde
pape.
Si panjang
Hafiy membuka langkah seribu.Aku pening dengan sikap entah apa-apa si Hafiy.Panggil
nama aku bukan main hodoh bunyinya.nak marah,ahh,sudah banyak kali aku
memarahinya.rasanya sudah berbakul kemarahan aku timpakan kepadanya.namun dia
masih begitu.datang ke rumah memanggil nama mek mun dengan berani,kemudian
tergagap-gagap bersuara.Lalu berlari pergi persis dikejar jembalang
tanah.”eh,apa mungkin akulah jembalang tanah itu?Kalau ya,maka memang patutlah
dia lari..Huahuahua”,monolog aku seraya tersenyum.
Ok,itu
cerita semasa aku berumur 16 tahun.sekarang sudah 8 tahun ia berlalu.entah di
mana Hafiy sekarang aku pun tak tahu.well,why should I care.right?hehe.Sekarang
aku dah kerja tau.Kerja kat syarikat kawan aku as his secretary.lucu bila
mengenangkan aku budak jurusan sastera Sejarah boleh terinvolve sebagai
secretary.Bos aku merangkap kawan aku ni pulak dulu daripada jurusan
perniagaan.memang sesuai bebenor dengan kerja dia sekarang.aku kenal dia pun
secara tak sengaja dekat university dulu.aishhhh,macam mane aku boleh kenal bos
aku tu ye?jap,aku nak pikir sat.memori aku sekarang dah berbalam-balam.mungkin sebab
dah tua kot..hahahaha.
Hmm,seingat
aku,dia yang tolong aku bila monyet-monyet yang terdapat di ukm tu menyerang
aku kerana berebutkan plastik merah yang mengandungi kuih pau tiga biji.heh,berbulu betul aku dengan monyet-monyet tu. Suatu hari, aku
tengah jalan-jalan sendirian sambil membawa plastic merah apabila tiba-tiba
datang seekor monyet menarik plastic kat tangan aku.di situlah berlakunya
tragedy tarik menarik plastic yang akhirnya dimenangi oleh monyet tersebut.hah,
macam mana aku boleh kenal dengan bos aku tu?mesti korang tertanya-tanya kan?yelah kan..sebab
aku cakap insiden tu yang menemukan aku dengan dia padahal tiada pun kisah dia
sepanjang aku duk main tarik-tarik dengan monyet tadi kan. haaa,kalau korang nak
tahu.ade je aihh dia tu.dia duk seberang jalan sambil pegang perut ketawa pecah
bagai nak rak.harap tak terguling-guling je kat situ sebab ketawakan aku.hangin
wooo.hangin.orang tengah bengang dia ketawa tak ingat dunia plak.marah aku dah
beralih kat dia.monyet tu aku dah maafkan..tapi mamat ni,huh..never.
Panjang
langkah aku pergi cuba disaingi si mamat hitam ni.geram betul aku.mamat
hitam.panggilan aku untuk dia.dia kejar aku pun bukan sebab nak minta maaf ke apa,tapi
sebab nak tengok wajah cemberut aku sambil gelakkan aku.gelak,gelak dan
gelak.”pappp,”aku libas beg sandang aku kat muka dia.senget kejap muka dia.sekarang
aku yang gelak dia pulakyang cemberut.fair and square.hahahahahahaha..aku lari
macam tak cukup tanah lepas tu.
Aishh,dahlah
tu mengimbau kenangan,aku sekarang di pejabat.terpandang si Rayyan yang baru
melangkah masuk.si Rayyan ni lah budak hitam yang aku cerita tadi tu.melihat
dia,aku senyum.mestilah kan.dia kan bos aku,walaupun memang perangai dia tak
semengah mana dan selalu buat aku sakit hati tapi hormat aku kepada dia sebagai
bos masih ada.well,aku kan pekerja baik,kehkehkeh…perasan kejap.and here he is,
berhenti di depan ruangan kerja aku sambil berkata”hai, si pendek”. dia
ketawa.see,I told you he’s annoying.arghh,pedulikan.
+marah nampak.
Si Rayyan menegur.
senyap.
+hmmm,pendek.
senyap lagi.
+pendek…..
+apa??
+maaf.
+maaf…maaf.tapi
buat jugak.
+hehehe.
+blahla..
+amboii,halau
bos nampak.yelah,yelah..nanti lunch sama ye.
+hmmm,tengoklah
kalau ada mood.
Aku buat
muka toya. Langsung tak berminat nak lunch sama si hitam Rayyan ni.
“Dek, jom
keluar lunch”. Ajak Rayyan lebih kepada arahan.
“Malaslah..”,balasku
kurang berminat.
“Jomlah, aku
belanja ni.”Rayyan cuba mengumpan.
Aku tekup
mukaku dengan kedua-dua belah tangan.Kemudian menyembamkan muka pada meja.
“Dek, kenapa
ni?Jomlah teman aku lunch. Kau kan bff aku. Sampai hati kau”.Rayyan buat muka
sedih.
“Jomlah..”,
ujar Rayyan lagi. Mendesak sambil cuba menarik tangan aku. Drastik aku berdiri,
menyembunyikan tangan ke belakang. “Tak tau hukum hakam ke?”,sinis aku
menyembur. Rayyan berubah wajah. Muram lantas meninggalkan aku. Dan aku, tersenyum sinis sendirian.
“Lin, jom
keluar lunch”,sapa Zila pula mengajak. Entah bila masa dia berada di sebelah aku. Aku termangu. Berkira-kira mahu mengikut
atau tidak. “Jomlah”. Akhirnya aku mengalah. Berjalan beriringan menuju ke restoran di hadapan tempat kerjaku. Erkk, si Rayyan pun ada sama rupanya di restoran tu. Rayyan memandang aku
tajam. Geram barangkali.Tak sangka pula si Zila ajak aku makan kat tempat si
Rayyan ni lunch. Jenuh aku nak melarikan wajah dari memandang mata Rayyan yang
tajam seakan memberi isyarat maut tu. Sudahnya aku buat muka selamba, makan
tanpa menghiraukan si hitam yang tampaknya seperti sudah merajuk.