-kau kenapa ni hani?dah dia tu suka buli engkau,engkau boleh biar je?haishh,aku pulak yang tak puas hati tau.
kepalaku yang memandang ke luar tingkap dihalakan ke arah aina.
+aina,dia kan bos?aku pekerja dia.mana boleh aku marah bos aku sendiri.
aku mengeluh berat.aina ni melebih-lebih pula.padahal aku yang kena buli bukannya dia.
-yelah,aku tahulah dia tu bos, tapi takkanlah sampaikan makanan kucing adik dia pun dia suruh kau belikan.
aku angkat bahu.malas lagi ingin berdebat dengan aina.sudahnya,dia jua ingin menang.aku surrender.masuk tidur lagi bagus.
kringg..kringgg...kringggg..
5.45 am.
arghhhh..aku menggeliat sepuas hati.rutin pertama aku, harus bangunkan dinosour yang kurasakan tidak cukup kasih sayang dan perhatian kukira,daripada tidur.kucari handphone yang nyata setia di bawah bantal.nombor rutin harian itu ditekan.beberapa kali aku mendail hingga separuh deringan.cukup sebagai isyarat untuk membangunkan dinosour itu.kemudian bingkas aku bangun menuju ke bilik air untuk mandi dan melaksanakan kewajipan aku sebagai muslim iaitu solat subuh.usai semuanya, aku lihat bilik aina masih sunyi.
+aihh,tido lagi ke nenek kebayan ni?ainaaaa..
panjang namanya aku panggil.
senyap lagi.
+hoii ainaaaaa.
masih senyap.
last-last, gedeganggggg..aku tendang pintu bilik aina.
-hoiii,tercabut pintu bilik aku minah.agak-agaklah.
+agak-agak tengkorak kau.kau tengok jam sekarang dah pukul berapa?
-Allah, dah lambat.kau punya pasal la ni.apasal tak kejut aku awal.
+aikk,aku pulak yang kena.lantak kau la na.dia bangun lambat nak salahkan orang pulak.
Aina kelam kabut.jam sudah pukul 6.45 pagi dan dia masih tidak menunaikan solat subuh.
hari ini hari minggu.weekend day yang amat sesuai untuk melepak di rumah sambil bersantai-santai.aku suka cahaya matahari pagi.awal-awal pagi lagi aku sudah tercegat di luar rumah.mengambil angin pagi.
-aii hani,tak pegi joging ke hari-hari minggu macam ni?
sapa mak limah,jiran sebelah rumah sewaku.
+malaslah mak limah.hari minggu ni nak santai-santai je kat rumah.
aku senyum.mak limah memang baik.dia tinggal dengan anak lelaki bujangnya yang bernama Aliff.kerap jugak aku tengok si aina terhendap-hendap rumah sebelah.tak lain tak bukan menghendap si Aliff.bukan aku tak tahu si Aina tu suka kat Aliff.tapi haram nak diberitahu.alasannya takut Aliff tak suka diatapi aku tengok dua-dua tu sama je.seorang terhendap sana, sorang lagi terhendap sini.2x5.sama je.
+mak limah,dah habis siram pokok bunga ke tu?mehla duk dengan saya kat sini?
aku mempelawa.sekali-sekala sembang dengan mak limah syok juga.macam-macam perkara aku dapat dari mak limah.al-maklumlah,warga emas.pengalaman hidup pun banyak.tapi pagi ni,aku nak buat kejutan sikit untuk aina dan aliff.harapkan diorang tak jadi.dua-dua duk pendam perasaan.so, pagi ni aku nak jalankan misi aku.aku lihat mak limah datang ke arah aku.duduk di buaian yang ada di depan halaman rumah aku.
-kamu ni hani,mak limah tengok dah makin kurus.kamu ni makan ke idak ni?
+hehehe.ye ke mak limah ni?hani rasa makin berisi boleh plak mak limah kata makin kurus.
-alah,saja mak limah nak ambik hati kamu.kata berisi kang,nanti muncung mulut tu.hahaha.
aku terlopong.boleh tahan loyar buruk jugak mak limah ni.
+ish mak limah ni.patutla tadi tanya pasal joging.alah,mak limah pun apa kurangnya.hehehe
-pulak.mak limah pun kena balik.ish.ish..kamu ni.
+mak limah, kite ada benda nak story ni?
-hah,benda apa plak ni?jangan cakap bos kamu tu suruh kamu bawak kucing adik dia yang sembelit tu ke klinik lagi kali ni.
+ehh, tak lah mak limah.kucing adik dia dah sihat dah.ni hani nak cerita pasal aina.mak limah tahu tak?
aku berjeda.
-ntah,manalah mak limah tahu.
+ish mak limah ni.jap lah saya nak cerita.dengar dulu.
-ye,go on.
amboi mak limah,sempat lagi cakap omputih dengan aku.
+macam ni,aina kan......dia kannnnnnn...emmmm,dia..dia....
-dia apa?
mak limah tepuk peha aku.Allah,memang terkejut aku dibuatnya.lepas tu terus lancar percakapan aku.
+dia suka kat aliff anak mak limah tuuu.
lancar.dan juga kuat.aina yang baru ingin keluar dari muka pintu terkejut.bukan kepalang lagi aksi terkejutnya,sampai melopong.mak limah pun terkejut, tapi aksinya tidaklah seekstrim aina.aku sengih.
Aina tengok aku dengan muka garang.kalau boleh seperti nak makan aku time tu jugak.aku tengok mak limah selamba sambil tangannya usap dagu.berfikir barangkali.
-hah,aina.mari sini.mak limah nak cakap dengan kamu.
aina kecut perut.aku hanya sengih dari tadi.
-erkk,mak limah..sayaaa..sayaaa...
-saya,saya..mari sini.mak limah nak cakap dengan kamu.
aina menunduk.duduk di sebelah mak limah di atas buaian.kriikk,kriukkk,buaian berbunyi.
mak limah angkat wajah aina.ditilik-tilik beberapa kali.
-hmmm,lawa.boleh la ni.
aina malu.kalau boleh saat itu juga dia ingin pelangkung hani sebab pecahkan rahsia yang dia simpan selama ini.
-erkk,mak limah....
-hmmm,mak limah tahu, takpe-takpe.aliff pon sebenarnya suka kat kamu.ni,bolehla mak limah masuk meminang ye?
tangan mak limah memegang erat tangan aina.
-err,bb...bo...bolehhhh..
tergagap-gagap aina menjawab.sudahnya,mak limah cakap,minggu depan dia akan pergi meminang aina.
+yahoooooooo..
dua-dua bakal mertua dan menantu melihat ke arah aku.
what a wonderful weekend i have.hihihihihi